Thursday, 28 December 2017

Tips Malam Pertama Bagi Pasangan Yang Baru Nikah

TIPS MALAM PERTAMA

Alangkah indahnya perkahwinan itu bukan? Setelah kita lalui segala cabaran sewaktu menempuh alam percintaan dan tibalah masa dan saatnya untuk mengambil selangkah lagi ke hadapan iaitu menyatukan dua orang dengan satu ikatan yang sah yang dipanggil perkahwinan. Siapa yang lebih rasa berdebar, wanita atau lelaki?
Malam pertama bersama pasangan pilihan anda sudah pastinya dilihat sebagai suatu aktiviti yang menyeronokkan, tetapi tidak kurang juga yang berdebar-debar untuk mengharunginya. Selepas berbulan persiapan dilakukan untuk memastikan majlis persandingan berjalan lancar, tibalah masa yang dinanti-nantikan.
Berikut adalah beberapa tips malam pertama untuk pengantin baru. Sudah halal, buat apa malu-malu?

1. REHAT SECUKUPNYA

Tips malam pertama yang pertama ini sangat penting. Sila baca betul-betul.
Secara tradisi, majlis akad nikah akan berlangsung terlebih dahulu dan disusuli dengan majlis persandingan pada hari yang sama atau keesokan harinya. Semasa majlis persandingan tersebut, sudah pasti anda berasa penat melayan tetamu yang hadir dan juga sesi bergambar dengan anda.
Oleh itu, pastikan anda masih bertenaga dengan berehat secukupnya beberapa hari sebelum majlis akad nikah dan persandingan tersebut.

2. SEGARKAN DIRI

Tips malam pertama yang kedua pula perlu dilakukan setelah berehat sebentar.
Selepas mendapat rehat yang mencukupi, dan menghabiskan hampir keseluruhan hari melayan sanak-saudara dan sahabat handai yang datang dari dekat dan jauh, seeloknya anda mandi terlebih dahulu sebelum memasuki kamar tidur.
Selepas mandi, anda akan berasa lebih segar dan kenakan sedikit bau-bauan wangi supaya dapat menarik perhatian pasangan anda dan secara halusnya memberitahu kepadanya yang anda telah pun bersedia.

3. SERLAHKAN RASA GEMBIRA, SYUKUR DAN TERIMA KASIH

Jangan abaikan tips malam pertama yang ketiga ini. Usah terus terjah pasangan dengan rakus.
Mulakan dengan perlahan-lahan dan kalau boleh bercerita dengan pasangan anda tentang betapa gembiranya anda dengan kelancaran majlis tersebut dan betapa seronoknya dapat berjumpa dengan rakan taulan yang sudah lama tidak ketemu.
Suarakan rasa kesyukuran yang teramat sangat pada Allah kerana telah disatukan.

4. PELUK PASANGAN DENGAN MESRA

Kemudian peluklah dengan mesra dan berikan beberapa ciuman tetapi janganlah terlalu gelojoh. Anda tidak mahu pasangan anda tewas cepat bukan? Sambil-sambil itu, ucaplah kata-kata sayang dengan lemah lembut supaya dapat membangkitkan suasana. Barulah anda bersedia untuk peringkat seterusnya.

5. LEMBUT DAN RENTAK PERLAHAN

Mulalah dengan perlahan-lahan agar anda dan pasangan anda tidak berasa sakit. Jika terasa sebarang kesakitan, beritahu pasangan anda dan perlahankan langkah. Berikan kata-kata motivasi untuk merangsang pasangan anda dan teruskan bersentuhan dan cumbuan. Setelah fasa kesakitan tersebut berlalu, bermulalah fasa nikmat.

6. LAJUKAN RENTAK

Sewaktu ia sedang berlaku, anda mungkin berasa sesak nafas dan tidak dapat untuk berfikir dengan logik kerana sedang menikmati saat tersebut. Cari rentak yang anda dan pasangan anda selesa dan teruskan sehingga anda serasi bersama.
Anggaplah ia seperti anda sedang menari dan masing-masing ada peranan yang perlu dilakukan supaya anda sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni.

7. FASA KLIMAKS

Lambat laun, anda dan pasangan anda akan ketemu klimaks dan perasaan yang hadir tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Ia adalah perasaan yang sangat indah dan anda berasa seolah-olah berada di awang-awangan dan tidak mahu ia berakhir.

8. PELUK DAN KUCUP SETELAH BERSETUBUH

Selepas berakhirnya pertarungan yang hebat tadi, peluklah pasangan anda dengan erat dan ucapkan terima kasih kerana sudi bersama-sama pada malam pertama ini.
Ini adalah tips malam pertama yang selalunya diabaikan oleh pasangan yang sudah lama berkahwin. Untuk pengantin baru, amalkan peluk dan kucup pasangan. Bukan pada awal perkahwinan sahaja, jadikan ia tabiat setelah berpuluh-puluh tahun berkahwin.

9. SAMBUNG PUSINGAN KEDUA (SECOND ROUND)

Jika anda dan pasangan anda larat, barangkali anda boleh beradu lagi sekali setelah masing-masing mendapat kekuatan? Pastikan anda berehat seketika dan jika anda dan pasangan sudah tidak larat, adalah lebih baik anda tidak meneruskan di atas faktor kesihatan.

10. SOLAT SUBUH BERSAMA

Tips Malam Pertama
Foto Kredit: kahwinmall.com

Cara Mandi Wajib Yang Betul, Untuk Lelaki & Perempuan Dari JAKIM
Foto Kredit: patdolanplumbing.com
Tips malam pertama yang kedua pula perlu dilakukan setelah berehat sebentar.
Selepas mendapat rehat yang mencukupi, dan menghabiskan hampir keseluruhan hari melayan sanak-saudara dan sahabat handai yang datang dari dekat dan jauh, seeloknya anda mandi terlebih dahulu sebelum memasuki kamar tidur.
Selepas mandi, anda akan berasa lebih segar dan kenakan sedikit bau-bauan wangi supaya dapat menarik perhatian pasangan anda dan secara halusnya memberitahu kepadanya yang anda telah pun bersedia.

3. SERLAHKAN RASA GEMBIRA, SYUKUR DAN TERIMA KASIH

Doa RumahTangga Bahagia. Suami, Isteri, Anak - Semua Aman & Sejahtera!
Foto Kredit: icwsmasjid.org
Jangan abaikan tips malam pertama yang ketiga ini. Usah terus terjah pasangan dengan rakus.
Mulakan dengan perlahan-lahan dan kalau boleh bercerita dengan pasangan anda tentang betapa gembiranya anda dengan kelancaran majlis tersebut dan betapa seronoknya dapat berjumpa dengan rakan taulan yang sudah lama tidak ketemu.
Suarakan rasa kesyukuran yang teramat sangat pada Allah kerana telah disatukan.

4. PELUK PASANGAN DENGAN MESRA

Kemudian peluklah dengan mesra dan berikan beberapa ciuman tetapi janganlah terlalu gelojoh. Anda tidak mahu pasangan anda tewas cepat bukan? Sambil-sambil itu, ucaplah kata-kata sayang dengan lemah lembut supaya dapat membangkitkan suasana. Barulah anda bersedia untuk peringkat seterusnya.

5. LEMBUT DAN RENTAK PERLAHAN

Mulalah dengan perlahan-lahan agar anda dan pasangan anda tidak berasa sakit. Jika terasa sebarang kesakitan, beritahu pasangan anda dan perlahankan langkah. Berikan kata-kata motivasi untuk merangsang pasangan anda dan teruskan bersentuhan dan cumbuan. Setelah fasa kesakitan tersebut berlalu, bermulalah fasa nikmat.

6. LAJUKAN RENTAK

Sewaktu ia sedang berlaku, anda mungkin berasa sesak nafas dan tidak dapat untuk berfikir dengan logik kerana sedang menikmati saat tersebut. Cari rentak yang anda dan pasangan anda selesa dan teruskan sehingga anda serasi bersama.
Anggaplah ia seperti anda sedang menari dan masing-masing ada peranan yang perlu dilakukan supaya anda sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni.

7. FASA KLIMAKS

Lambat laun, anda dan pasangan anda akan ketemu klimaks dan perasaan yang hadir tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Ia adalah perasaan yang sangat indah dan anda berasa seolah-olah berada di awang-awangan dan tidak mahu ia berakhir.

8. PELUK DAN KUCUP SETELAH BERSETUBUH

Selepas berakhirnya pertarungan yang hebat tadi, peluklah pasangan anda dengan erat dan ucapkan terima kasih kerana sudi bersama-sama pada malam pertama ini.
Ini adalah tips malam pertama yang selalunya diabaikan oleh pasangan yang sudah lama berkahwin. Untuk pengantin baru, amalkan peluk dan kucup pasangan. Bukan pada awal perkahwinan sahaja, jadikan ia tabiat setelah berpuluh-puluh tahun berkahwin.

9. SAMBUNG PUSINGAN KEDUA (SECOND ROUND)

Jika anda dan pasangan anda larat, barangkali anda boleh beradu lagi sekali setelah masing-masing mendapat kekuatan? Pastikan anda berehat seketika dan jika anda dan pasangan sudah tidak larat, adalah lebih baik anda tidak meneruskan di atas faktor kesihatan.

10. SOLAT SUBUH BERSAMA

Cara Solat Dhuha Yang Mudah, Ringkas & Betul. Dengan Doa!
Foto Kredit: nev.it
Ini tips malam pertama yang jarang dikongsikan. Pasangan mesti bangun awal pagi dan mandi wajib. Usah risau, semua orang di dalam rumah mertua faham keadaan pengantin baru yang bergegas ke bilik mandi. Tidak perlu malu-malu.
Selesai mandi wajib, solat berjemaah bersama-sama dalam bilik pengantin. Namun, lebih afdal jika suami berjemaah Subuh di masjid berdekatan.

AKHIR KATA

Jadikan tips malam pertama ini sebagai panduan sahaja dan diharapakan anda dapat mencipta sebuah kenangan terindah pada malam pertama ini di dalam melayari bahtera sebagai sepasang suami isteri yang saling mencintai antara satu sama lain.
Firman Allah;
‘Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.’
(Yaasin: 36)
Jangan ingat perkahwinan hanya untuk hubungan intim semata-mata. Banyak falsafah perkahwinan yang perlu kita pelajari.
Selamat melayari bahtera perkahwinan yang baru!

No comments:

Post a Comment

HUKUM MENDENGAR & BERMAIN MUZIK

Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya Seperti mana isu ijtihad, pertama sekali kita perlu lihat perkara apakah yang boleh wujud ijtihad di...