Wednesday, 4 April 2018

5 JENIS AIR YANG BAHAYA UNTUK DIMINUM. JANGAN AMBIL RINGAN!



Air adalah satu keperluan yang paling penting dalam tubuh badan kita. 8 gelas sehari yang disyorkan untuk memenuhi keperluan kita sehari. Tetapi dalam keadaan tertentu air juga boleh menjadi racun kepada badan manusia
Terdapat lima jenis air yang bahaya jika diminum.

1. Air Mati

Air mati adalah air yang disimpan dalam tempoh yang terlampau lama dan tidak digunakan atau diminum. Ia akan mengakibatkan melambatkan proses pembesaran sel metabolisme kanak-kanak, dan mempercepatkan proses penuan.

2. Air Yang Didih Dengan Lama

Mendidihkan air dengan terlalu lama ia akan mengakibatkan penambahan kalsium magnesium atau kandungan logam lain dan nitrit. Air ini bahaya jika diminum kerana akan mengakibatkan gangguan pada fungsi usus.

3. Air Lebihan Kukusan

Minum air jenis ini akan mengakibat perubahan patalogis pada sistem pencernaan, saraf, dan pegahasilan darah.

4. Air Yang Tidak Dimasak

Air yang tidak diamasak tidak sesuai untuk diminum kerana ia masih mempunyai klorin. Klorin mampu menghilang zat yang terdapat didalam air.

5. Air Yang Dimasak Kembali

Ini selalu berlaku, sisa air yang sudah dimasak, dimasak kembali bagi kerana inginkan air panas. Perlakuan ini akan mengakibatkan kandungan nitrit dalam air bertambah.

Sumber: CiteDuniavia pastiheboh
.
BACA JUGA....

Penting !!! Ramai Orang Islam Tak Tahu Pasal Ni ! Hukum Suami Cium Jenazah Isteri



Apakah hukum si suami memberi ciuman kepada si isteri ketika saat akhir si isteri dikafankan? Maksud saya, selesai si mati dimandikan dan dikafan, hanya tinggal muka sahaja belum dikafankan kerana memberi peluang kepada anak si mati memberi ciuman terakhir.

ABDULLAH,
Ciuman mempunyai maksud kasih sayang atau tanda hormat. Oleh itu tidak mengapa mencium jenazah selagi mana jenazah itu adalah mahramnya dan antara suami terhadap jenazah isteri atau sebaliknya.

Sepakat ulama bahawa wuduk jenazah tidak terbatal kerana terangkatnya taklif kepada jenazah.
Ciuman kepada jenazah sering dilakukan Rasulullah yang diriwayatkan Saidatina Aisyah RA; “Bahawa aku melihat Rasulullah mencium Uthman bin Maz’un apabila beliau meninggal dan aku melihat linangan air mata baginda.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Tidak digalakkan memberikan ciuman berulang-ulang kali. Larangan seperti ini biasanya dirujuk kepada budaya masyarakat melayu.



Jika ingin melakukan, biarkan penuh dengan adab dan sopan. Bukan menjadi tontonan orang ramai yang menziarahi jenazah.

Mungkin boleh memberikan ciuman terakhir ketika jenazah masih di rumah dalam keadaan yang tidak menjadi tontonan.

Tidak sopan dalam kalangan orang ramai yang sibuk menguruskan jenazah, kelihatan isteri memberikan ciuman terakhir kepada jenazah suami. Bukan sahaja jenazah, pasangan suami isteri juga tidak sopan apabila berciuman dihadapan orang ramai.



Sumber: NasihatUstaz.my

No comments:

Post a Comment

HUKUM MENDENGAR & BERMAIN MUZIK

Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya Seperti mana isu ijtihad, pertama sekali kita perlu lihat perkara apakah yang boleh wujud ijtihad di...