1. Ketika anda diuji dengan kesusahan dan kesempitan
hidup
Jangan lupa membaca:
۞
لا إلهَ إلاّ أنتَ سُبحانكَ إني كنتُ من الظالمين
Allah menjamin dengan firmanNya yang bermaksud:
“Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia
pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia
menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah
berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang
gelap-gelita dengan berkata:
Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong)
melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya,
tolongkanlah daku)!
Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang
menganiaya diri sendiri. Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami
selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami
menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka
merayu kepada Kami).”
(Al-Anbiaa’:87-88)
2. Jika anda ditimpa sakit
Jangan lupa membaca:
۞
ربي إني مسّنيَ الضرُ وأنتَ أرحمُ الراحمين
Perhatikan firmanNya yang bermaksud:
“Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia
berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa
penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang
lain) yang mengasihani.
Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami
hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: Keluarganya,
dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu
peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat
balasan baik).”
(Al-Anbiaa’:83-84)
3. Jika anda
dihimpit perasaan takut
Jangan lupa membaca:
۞
حسبي الله ونعم الوكيل
Lihat janji Allah di dalam firman ini (maksudnya):
“Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang
(pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan
tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya.
Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu
berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus
(yang terserah kepadaNya segala urusan kami).
Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali
dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh
sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah dan (ingatlah),
Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.”
(Aali-‘Imran:173-174)
4. Jika anda diancam tipudaya manusia
Jangan lupa membaca
۞
وأفوضُ أمري إلى اللهِ واللهُ بصيرٌ بالعباد
Maka Allah akan pelihara kita dari tipudaya
tersebut:
“(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu
sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu dan aku
sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku);
sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya.
Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada
Allah) maka dia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka dan
Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya,”
(Ghafir:44-45)
اللهم
إجعلنا من الذاكرين الشاكرين ولاتجعلنا من الغافلين
واجعل
القرآن ربيع قلوبنا وجلاء غمومنا وهمومنا
Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan
orang yang mengingatiMu dan mensyukuriMu.
Janganlah jadikan kami termasuk dalam golongan orang
yang lalai.
Jadikanlah al-Quran sebagai penyeri hati-hati kami
dan penghapus kerisauan serta resah gelisah kami.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih! LM
Sumber : takzirahustazkazim
No comments:
Post a Comment