Sebagai insan biasa kita semua memang
tak lari dari masalah. Masing-masing hadapi masalah yang berbeza dalam
kehidupan mereka. Ada yang ada masalah keluarga, pekerjaan, hubungan, dan
sebagainya.
Semasa singgah di sebuah masjid, lelaki
ini disapa oleh seorang jutawan yang sudah berumur. Perbualan mereka pada
awalnya bermula dengan beberapa pertanyaan namun nasihat yang diberikan selepas
itu cukup mendalam.
“Setiap orang ada masalah…”
Jumaat baru ni sewaktu pulang ke kg bg
menguruskan beberapa hal, sy singgah d salah sebuah masjid di Lenggong. Dgn
izin Allah, sy bertemu dgn seorang pakcik yg sy kira bertaraf jutawan. Bkn
jutawan segera, tp jutawan besar yg sgt terkenal.
Orgnya zuhud, tidaklah nampak
kekayaanya, berkain pelikat dan bermotosikal berkuasa sgt rendah. Berumur
sekitar 70an barangkali seusia dgn honda cup 70 beliau. Sy melihat ramai org kg
berebut2 bersalaman dgnnya. Walaupun x kenal, sy juga mencuri peluang utk
bersalaman dgnnya. X tau kenapa ht sy tertarik2 utk berbual dgn beliau.
Lepas solat sunat, sy berehat di beranda
surau menikmati keindahan banjaran gunung tersergam gah yg terhampar di depan
pintu masjid. Liat betul nk berganjak dr sini.
Sy kemudiannya terkejut, pakcik td juga
merehatkan badan sebelah dgn sy.
Beliau bertanya, “datang dr mana?”
Sy jawab, “dr putrajaya, pakcik. Singgah
rumah homestay sy jap. Settle masalah ckit”.
Beliau berkata, “setiap org ada masalah
walaupun dia tu jutawan, ulamak hatta pakar motivasi sekalipun. Kembalilah kpd
Pencipta masalah. Makhluk bernama ringgit, org berpangkat VVIP, atau apa2 shj
hatta malaikat sekalipun x dapat selesaikan masalah kita kecuali Allahlah yg
selesaikannya.”
Jawab sy, “soheh pakcik. Perkataan
pakcik ni lebih bernilai dr pengumuman keputusan pilihanraya umum ke 14 nnt.
Seluruh penduduk langit menanti2 perkataan2 seperti ini yg kian pupus dlm
pertuturan manusia hr ini”.
Kerana duit
Tergelak pakcik td. Katanya sy pandai
membodek. Sy meminta sebanyak mungkin nasihat utk bekalan sy pulang ke
putrajaya.
Antara nasihat yg sy ingat dgn baik
ialah, dalam rezeki kita ada rezeki org lain. Dalam rezeki org lain ada rezeki
kita. Justeru janganlah berkira2 dlm bersedekah. Usahakanlah utk buang makhluk
duit dr hati. Usahakan sehingga hati merasa gelisah sekiranya duit ada di sisi
seperti gelisahnya Nabi saw tidak pulang ke rumah kerana ada dirham dan dinar
yg dihadiahkan di rumah banginda.
Kerana apa, kerana syirik khafi yg
paling besar dlm umat hari ini ialah duit. Berapa ramai yg gembira bila ada
duit dan berapa ramai yg akan gundah gulana bila xda duit. Berapa ramai yg
sanggup berpisah dgn family kerana duit, berapa ramai yg sanggup berkorban
kerana duit dan berapa ramai yg sanggup melanggar perintah Allah kerana duit.
“Bilamana kamu menceraikan duit dari
hati kamu”
Pakcik ini bercerita lg, bila ada
seseorang yg sgt terdesak mahu pinjam duit, berikanlah walaupun kamu pn
terdesak memerlukan duit. Usahakanlah seperti Nabi saw. Walaupun baginda tiada
duit di saat org lain meminta kpd Nabi saw, Nabi sanggup meminjam dgn org lain
demi utk memberi kpd yg meminta td.
Pakcik itu bertanya, “kamu pernah
meminjam kpd org lain utk diberikan kpd org yg meminta pinjaman dr kamu? Jika
belum, usahakanlah ke tahap itu. Barulah Allah membuka pintu ketenangan tanpa
duit. Masa itu kamu akan lihat semua masalah jd kecil. Kamu akan lihat bantuan
Allah dtg berbondong2. Hal ini bilamana kamu menceraikan duit dr hati kamu.
Sy kata, pakcik sudah sampai pd tahap
jutawan yg sebenar. Doakan sy yg lemah dan penuh cinta dunia ni.
Sedikit yg sy dapat kongsikan buat
pengajaran diri sy sendiri dan para pembaca.
Sumber : Mohamad Fadzil
No comments:
Post a Comment