Sunday, 8 April 2018

Membaca Surah Yassin Selepas Subuh Adalah Sangat Besar Fadhilatnya. Jom Amalkan



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah,

Bila dibaca surah Yasin selepas solat subuh, nescaya Allah Taala mengabulkan segala doa dan permohonan kita. Mintalah apa saja yang baik-baik, insya Allah akan dapat. Saya dan mencubanya, memang mujarab. Tetapi berapa ramai daripada kita yang kuat menahan mata yang mengantuk untuk menghabiskan bacaan tersebut. Sebab itu sesiapa yang rajin membaca surah Yasin selepas solat subuh, memang dia dari golongan yang beruntung.

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

Sabda Rasulullah s.a.w lagi, Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Rasulullah saw bersabda selanjutnya: Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Kesimpulanya ..

Jika anda amalkan membaca surah yassin setiap hari, segala urusan anda dipermudahkan dan kebajikan anda dijaga oleh Allah SWT.

Bermakna, jika kita biasakan membaca surah Yassin setiap pagi selepas solat subuh atau selepas solat dhuha, keperluan kita akan Allah lengkapkan. JANGAN buat amalan ini hanya semata-mata untuk nikmat dunia sahaja sebaliknya jadikan amalan untuk meraih keredhaan Allah SWT.

KAEDAH BACA YASIN 41

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Bacaan Yaasin 41 ini diamalkan bagi memohon kepada Allah SWT supaya memperkenankan sesuatu hajat. Ramai yang telah mengamalkannya, hasilnya amat menakjubkan sekali… Jika baik yang diminta  dapatnya juga yang baik.
.
Cara Membaca Yaasin 41:
.
1. Sebelum memulakan bacaan Yaasin, elok dimulakan dengan Isti’azah, Basmalah, kemudian surah al-Fatihah diniatkan untuk Rasulullah SAW dan diikuti juga selawat ke atas Baginda sebanyak 11 kali.
.
2. Baca ayat pertama surah Yaasin 7 Kali – niat dalam hati.
36:1
Yaa siin
.
.
3. Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat 38, ulang akhir ayat tersebut yang bermula dengan “zaalika taqdiru..” 14 kali – niat dalam hati.
.
36:38
Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
.
.
4. Teruskan bacaan sehingga ayat 58 dan ulang sebanyak 16 kali – niat dalam hati.
.
36:58
(Mereka juga beroleh) ucapan “Salam” (selamat sejahtera) dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
.
.
5. Akhirnya apabila sampai ayat 81, ulanginya sebanyak 4 kali – niat dalam hati.
.
36:81
Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Benar, Dia berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
.
.
6. Al-Fatihah
.
7. Doa
.
Semua sekali ayat-ayat yang diulang itu berjumlah 41 kali (7+14+16+4).
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
Posted by; shafiqolbu


No comments:

Post a Comment

HUKUM MENDENGAR & BERMAIN MUZIK

Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya Seperti mana isu ijtihad, pertama sekali kita perlu lihat perkara apakah yang boleh wujud ijtihad di...