Tuesday, 10 April 2018

Subhanallah!! Inilah 4 golongan yang selalu dirindukan syurga Allah.



Setiap manusia tentu saja mengharapkan yang namanya kebahagiaan, terutama kebahagiaan yang hakiki, iaitu kebahagiaan yang tidak hanya di dunia ini saja akan tetapi kebahagiaan yang abadi di alam akhirat kelak.
Kebahagiaan yang hakiki tersebut hanya dapat diraih apabila kita selalu taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Balasan dari ketaatan tersebut adalah mendapatkan kehidupan yang penuh nikmat iaitu SyurgaNYa Allah SWT, sehingga kita dituntut untuk meraihnya.
Sebagaimana hadist Rasulullah SAW, ada 4 golongan manusia yang dirindukan syurga;
الْجَنَّةُ مُشْتَاقَةٌ اِلَى أَرْبَعَةِ نَفَرٍ : تَا لِى الْقُرْانِ, وَحَافِظِ اللِّسَانِ, وَمُطْعِمِ الْجِيْعَانِ, وَصَا ئِمٍ فِى شَهْرِ رَمَضَانَ .رواه أبوداود والترمذي عن ابن عباس
Orang Yang Rajin Membaca Al Qur’an

Membaca Al Qur’an adalah salah satu amalan yang paling utama, kerana Rasulullah SAW pernah bersabda; “Setiap huruf Al Qur’an yang kita baca membawa pahala tersendiri, selain itu juga dikatakan bahawa nanti Al Qur’an akan datang sebagai saksi amal kita di Yaumul Hisab. Selain membaca tentu juga mempelajari isinya dan mengamalkannya merupakan hal yang harus di lakukan oleh setiap pribadi muslim.

Orang Yang Selalu Menjaga Lisannya

Lisan merupakan salah satu pancaindera kita yang boleh mendatangkan kebaikan dan sekaligus keburukan. Dengan selalu menjaga agar lisan kita hanya mengatakan hal-hal yang baik, digunakan untuk membaca Al Qur’an untuk memujiNya, untuk berdoa kepadaNya, untuk memberi nasihat yang bermanfaat kepada orang lain, Insya Allah kita akan termasuk kedalam golongan orang yang dirindukan oleh syurga.

Orang Yang Memberi Makan Kepada Orang Lain Yang Kelaparan

Ini juga merupakan salah satu amalan yang utama, kerana pertolongan Allah SWT akan datang kepada hamba yang memberi pertolongan kepada saudaranya yang memerlukan pertolongan.

Orang Yan Berpuasa Di Bulan Ramadhan.

Berpuasa dibulan Ramadhan adalah salah satu ibadah utama bahkan merupakan salah satu Rukun Islam.

Berpuasa bukan hanya menahan tidak makan dan minum saja, melainkan juga menjaga panca indera kita dari melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.

Bahkan tidak hanya itu saja, berpuasa juga menuntut kita untuk meninggalkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia. Insyallah jika kita berpuasa pada bulan Ramadhan sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulllah SAW, maka darjat Taqwa akan kita perolehi yang balasannya tentu saja Syurga Allah SWT.
Itulah 4 golongan manusia yan dirindukan surgaNYa Allah SWT, mari kita berlumba-lumba untuk meraihnya dan menjadi orang-orang yang selalu dirindukan syurga tersebut kerana kehidupan dan kebahagiaan yang sejati adalah di alam akhirat bukan di dunia yang sementara ini.Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kita segera mengamalkan  amalan ini untuk mendapatkan syurga Allah.

No comments:

Post a Comment

HUKUM MENDENGAR & BERMAIN MUZIK

Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya Seperti mana isu ijtihad, pertama sekali kita perlu lihat perkara apakah yang boleh wujud ijtihad di...