Sebelum saya nak kongsikan teknik nak mencari barang
sihir ini, saya nak tegaskan bahawa teknik/kaedah yang saya nak kongsikan ni
tiada sebarang keajaiban pun. Takde yang istimewa. Cara ini lebih kepada
mengharap seratus peratus bantuan dari Allah s.w.t.
Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri apabila hendak
mencari barang sihir, baginda mengharapkan bantuan dari Allah semata-mata.
Cara-caranya ialah:
1) Sebelum nak masuk tidur di waktu malam, ambil
wuduk dengan sebaik yang mungkin, kemudian lakukan solat sunat empat rakaat dua
salam. Niatkan di dalam hati tujuan solat sunat itu ialah untuk mendapatkan
bantuan dan pertolongan dari Allah untuk mengetahui di mana letaknya
barang-barang sihir yang ditanam.
2) Di dalam solat, dianjurkan agar membaca surah
al-Kautsar sebanyak tiga kali di dalam setiap rakaat. Selepas anda selesai
solat, duduk sebentar dan amalkan zikir di bawah:
1) ‘Audzubillaahi Minash Shyataanirrajiim
Bismillahirrahmaan irrahiim-3x
2) Astaghfirullaaha rabbi, Lailaaha illallaahu
Muhammadur Rasulullah shallallahu `alaihi wa Sallam-10x
3) Subhaanallahi Walhamdu-Lillaahi, wa laa
ilaahaillaahu wallahu Akbar-10x
4) ALLAH humma Solli’ala sayidina Muhammad
shallallahu `alaihi wa Sallam-11x
5) Surah Fatihah 7x (setiap kali ketika Anda sampai
ke ayat Ihdinas sirataal Mustaqiim, baca sebanyak 7x dan kemudian teruskan
bacaan surah al-Fatihah sehingga akhir ayat dan lafazkan perkataan Amin
(seperti bacaan dalam solat). Kemudian baca Surah Al Ikhlas 3x.
6) Kemudian bacalah Ya 'Aalimu ‘Al-limni, Ya Khabiru
Akhbirni-100x atau ikut kemampuan.
Selepas anda selesai membaca zikir-zikir di atas,
bacalah doa berikut:
"Ya Allah hanya Engkau yang saya sembah dan
hanya kepada Engkau saya meminta pertolongan. Ya Allah hanya Engkau yg
mengetahui segalanya dan hanya Engkau yang punya pengetahuan yang tak terlihat,
oleh kerana itu melalui kekuatan daya Engkau dan kekuasaanMu, hamba mohon
tunjukkanlah penyembunyian semua benda/barang sihir yg digunakan terhadap
(saya,keluarga,nama orang yang sakit)Ya Allah, berilah hamba-Mu petunjuk dan
bantuan untuk menghancurkan mereka (penyihir dan yang menyuruh) sehingga
kebenaran menang atas dusta" -7x
ALLAH humma Salli ‘ala saiyidina Muhammad
shallallahu `alaihi wa Sallam-11x
Meniup diri anda 3x dan ke dalam beberapa air mawar
atau minyak wangi kasturi (jika boleh yang telah diruqyah). Jangan bercakap
dengan sesiapapun tapi terus pergi tidur setelah membaca doa tidur dan tetap
membaca selawat sampai anda tertidur. Selain itu, anda juga harus memakai
minyak mawar atau minyak wangi kasturi yang telah didoakan seperti di atas ke
baju anda sebelum tidur.
Semoga bermanfaat dan dapat diamalkan. Jangan lupa
untuk kongsikan tip ini dengan rakan-rakan anda.
sumber :1,000,000 Mission
No comments:
Post a Comment