Dari Ibn Masud Nabi SAW bersabda
maksudnya : “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada
doa-doa yang paling dikaguminya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ada beberapa doa yang boleh dibaca
selepas tahiyyat akhir sebelum memberi salam dalam solat. Ini berdasarkan
beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh perawi hadis yang juga merupakan
sahabat Nabi Muhammad SAW.
Berikut adalah doa-doa tersebut :
1) Doa Mohon Perlindungan Daripada Azab
Neraka., Azab Kubur, Fitnah Kehidupan Dan Kematian Dan Fitnah Dajjal.
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ
الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ،
وَمِنْ
شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال
Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung
denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah
kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.” (Hadis Riwayat
Muslim)
2) Doa Ini Sangat Baik Diamalkan Jika
Kita Ada Masaalah Hutang.
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ
الدَّجَّالِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ ، اللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung
denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal,
aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku
berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.” (Hadis Riwayat Bukhari)
3) Doa Yang Ini Amat Baik Untuk
Melupuskan Sifat Mazmumah Yang Ada Pada Diri Kita.
اَللَّهُمَّ
إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ
بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا
وَعَذَابِ الْقَبْرِ.
Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku
berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku
berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung
kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur. (Hadis Riwayat Bukhari)
4) Doa Mohon Diampunkan Dosa Yang
Terdahulu.
اللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا
أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ,
لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah bagiku
dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku
nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku
tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada illah
sebenar melainkan Engkau.” (Hadis Riwayat Muslim no. 1762).
5) Doa Mohon Ampun Kerana Menzalimi Diri
Sendiri.
اللَّهُمَّ
إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ.
فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku
telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat
mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan
dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha
penyayang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 6181 dan Muslim no. 6819).
6) Doa Yang Amat Baik Untuk Memohon
Allah Jadikan Kita Hambanya Yang Bersyukur Dan Sentiasa Mengingatinya.
اَللَّهُمَّ
أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.
Maksudnya, “Ya Allah! Berilah
pertolongan kepadaku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang
baik untukMu” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasaie)
7) Doa Ini Untuk Memohon Allah Mudahkan
Urusan Hisab / Perbicaraan Kita Di Mahkamah Allah Di Akhirat Nanti.
اللهم
حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرَا
Maksudnya, “Ya Allah! Hitunglah aku
dengan perhitungan yang mudah.” (Hadis Riwayat Ahmad)
8) Doa Ini Adalah Doa Taubat. Sesuai
Sangat Dibaca Selepas Membaca Tahiyyat Akhir Dalam Solat Taubat.
اللَّهُمَّ
إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ
الرَّحِيمُ
Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku
telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa
kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki.
Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.(Hadis Riwayat
Bukhari)
9) Doa Mohon Ampun Dosa
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ
الرَّحِيمُ
Maksudnya, “Ya Allah! Aku memohon kepada
Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan,
dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya
Engkau Maha Pengampun dan Penyayang (Hadis Riwayat Abu Daud)
10) Doa Memohon Dimasukkan Ke Syurga Dan
Diselamatkan Dari Neraka
اَللَّهُمَّ
إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ
Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku
mohon kepada-Mu, agar dimasukkan ke Syurga dan aku berlindung kepada-Mu dari
Neraka.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
#Semoga perkongsian ini menjadi asbab
kita semua mendapat redha dan rahmat Allah SWT dan terlepas dari siksa kubur,
siksa mahsyar semasa hisab dan siksa neraka.
No comments:
Post a Comment