Percaya tak kuasa doa seorang isteri
dalam rumah tangga yang bermasalah? Apabila wanita bertukar status menjadi
seorang isteri, tak ada impian lain yang dia impikan melainkan mengharapkan
suaminya boleh jadi ketua keluarga terbaik.Namun tak semua isteri beruntung
dapat suami yang memahami, kadang ada sesetengah isteri terpaksa buat semua
kerja sampai ke malam. Malah kalau dibelek pada wajah isteri, nampak muka tak
tertanggung rasa penat tetapi masih gigih melayan karenah anak dan suami yang
sesekali balik lambat. Jadi si isteri masih setia menunggu sampai tertidur di
ruang tamu.
Itulah… berat mata memandang berat lagi
bahu yang memikul. Bersyukurlah jika ada suami yang faham, bertimbang rasa dan
mahu sama-sama meringankan beban. Dan seharusnya para isteri rasa bertuah jika
memiliki suami yang baik kerana lelaki sebegini sudah hampir pupus.Andai suami
nampak leka dan jauh dari ibadat yang mana solat pun dilambat-lambatkan, malah
ke masjid pun kurang… maka inilah tanggung jawab yang isteri kena betulkan.
Macam mana dan apa yang patut buat, renungkan perkongsian daripada Muhammad
Ahmad ini…
Makbulnya Doa Seorang Isteri
Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk
suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.Jika bukan isteri
siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada
suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?
Bicara dan mengadulah kepada الله .
Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada
manusia adakalanya ia menyakitkan.
Bila Dan Cara Doakan Suami
Sambil masak doa untuk suami, ketika
basuh baju doa untuk suami. Kalau pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap
wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air
mata.Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk 2 rakaat doalah untuk suamimu
saat dia sedang tidur:
“ya الله ini suami saya, saya sayang dia
lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. ya الله ampunilah segala
dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintahMU. Jadikan
dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami
yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”
Isteri antara syurga atau neraka buat
suami
No comments:
Post a Comment