*55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH*
*1. PANDANGAN MATA*
Pandangan mata adalah anak panah
iblis.Lihat bukan muhrim sekali saja.Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah
40 hari.Tiada khusyuk.
*2. MAKAN GARAM*
Celup jari kelingking dalam garam,
menghisapnya sebelum dan selepas makan.Garam adalah penawar paling mujarab
keracunan dan boleh menghalang sihir.
*3. MINUM TANGAN KANAN*
Sentiasa minum memegang gelas dengan
tangan kanan.Iblis minum dengan tangan kiri.
*4. SESAAT DI JALAN ALLAH*
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik
dari solat di depan Hajarul Aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar
"hai kawan ayuhlah kita solat".
*5. LANGKAH KANAN*
Masuk masjid kaki kanan,keluar kaki
kiri.Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri.Masuk tandas kaki
kiri,keluar kaki kanan.
*6. MAKAN TIGA JARI*
Nabi SAW makan kurma dengan 3 jari iaitu
jari ibu,telunjuk dan tengah.Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3
suapan pertama ikut sunnah.
*7. JAMINAN ALLAH*
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu
orang yang memberi salam sebelum masuk rumah,orang yang keluar ke masjid dan
orang yang keluar ke jalan Allah.
*8. GUNTING BULU*
Apabila lelaki dan perempuan tidak
menggunting,mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan
bersarang dan berbuai di situ.
*9. JANGAN BERSIUL*
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula
dibuang ke dunia,iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul
itu adalah penghibur iblis.
*10. CARA POTONG KUKU TANGAN*
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus
ke kanan sampai kelingking kanan,disambung dari kelingking kiri ke ibu jari
kiri hingga ibu jari kanan.
*11. CARA POTONG KUKU KAKI*
Mula dari kelingking kanan ke sebelah
kiri sampai kelingking sebelah kiri.
*12. PANJANG LENGAN BAJU*
Panjang lengan baju Rasulullah SAW
adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.
*13. PAKAIAN KESUKAAN*
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah
gamis iaitu baju labuh atau kurta.
*14. BERSIWAK*
Jika didahului dengan bersiwak
(bersugi),satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih.Jika
bersolat akan dihitung 70 kali solat.
*15. DOA DALAM SUJUD*
Saat yang paling hampir antara seseorang
hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu
memperbanyakkan doa di dalamnya.
*16. ADAB DI TANDAS*
Masuk tandas kaki kiri,pakai alas kaki
dan tutup kepala.
*17. ADAB MAKAN*
Hendaknya menghindarkan diri dari
kenyang yang melampaui batas.Sepertiga makanan,sepertiga minuman dan sepertiga
lagi untuk bernafas.
*18. TIGA JENIS ORANG*
3 jenis orang yang tidak akan dipandang
oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang
berdusta,orang miskin yang sombong.
*19. PAKAI MINYAK WANGI*
Memakai minyak wangi adalah sunnah maka
pakailah terutama ketika hendak bersolat,ke masjid atau ke mana sahaja.
*20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR*
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur
malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis
dan syaitan.
*21. CINCIN PERAK*
Pakai cincin perak di kelingking kanan
atau kiri.Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.
*22. SOLAT FARDHU DI MASJID*
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di
rumah.Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri
akan dihapus satu dosa.
*23. PAKAI CELAK*
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana
ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.Setiap malam dicalit tiga
kali pada mata kanan dan kiri.
*24. PANJANG PAKAIAN*
Panjang pakaian,jubah atau seluar
seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali.
*25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH*
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar
27 kali lipat dari solat sendirian di rumah.Jika anda waras dan sempurna
akal,dimanakah anda akan solat?
*26. MENGUAP*
Menguap adalah dari syaitan.Bila rasa
hendak menguap,tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana
syaitan akan masuk melalui mulut.
*27. MENYIMPAN JANGGUT*
Memotong misai dan menyimpan
janggut.Lebih afdal dengan jambang sekali.Diberi pahala amal berterusan selama
menyimpannya.
*28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA
BUANG AIR*
Jangan menghadap/membelakang Kiblat
ketika buang air kecil/besar. Dibolehkan bila dalam bangunan,itupun kalau
terpaksa.
*29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH*
Disunatkan memakai pakaian berwarna
putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.
*30. POSISI TIDUR*
Posisi tidur yang dianjurkan ialah
mengereng di atas rusuk kanan,muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan
kanan di bawah pipi.
*31. MINUM LEPAS MAKAN*
Lepas makan nasi jangan terus
minum.Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
*32. TIDUR SEBELUM ZOHOR*
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana
ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk
solat Zohor.
*33. BERDIRI HORMAT*
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang
bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau
masuk ke suatu majlis.
*34. PAKAIAN BERWARNA*
Dilarang memakai pakaian warna kuning
kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu/Buddha khususnya bagi lelaki.
*35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN*
Rasulullah SAW suka memberi makan atau
makan bersama orang miskin.Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita
mendahulukan mereka.
*36. MENU RASULULLAH*
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya
dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.
*37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK*
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak
iaitu bantal,minyak wangi dan susu.
*38. KETAWA RASULULLAH*
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
*39. MINUMAN RASULULLAH*
Minuman yang paling disukai oleh
Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
*40. HISAP AIR DALAM HIDUNG*
Ketika membersihkan diri setelah bangun
tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam
dalam lubang hidung.
*41. BERI MAKAN ANAK YATIM*
Nabi SAW suka memberi makan anak
yatim.Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas,syaitan
tidak akan menghampiri bekas tersebut.
*42. LARANGAN PAKAI CINCIN*
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk
dan jari tengah.
*43. BANGUN TIDUR*
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya
mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa
bangun tidur.
*44. KONGSI MAKANAN*
Jangan kedekut berkongsi makanan.Nabi
SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.
*45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR*
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari
sebelum zohor.Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan
tertutup ketika solat zohor.
*46. ISTIGHFAR*
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon
keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
*47. JANGAN MENCACI MAKANAN*
Jangan mencaci makanan.Jika
suka,makanlah,jika tidak suka biarkan sahaja.
*48. APABILA BERTAMU*
Apabila bertamu,jangan berdiri memberi
salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari
melihat terus ke dalam rumah.
*49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS*
Tidak diperkenan menjawab salam ketika
di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam.Cukup dengan
berdehem atau isyarat suara.
*50. MAKANAN PANAS*
Rasulullah SAW melarang meniup makanan
panas.Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
*51. GILIRAN MINUM*
Jika berkongsi minum dalam satu bekas
atau botol,hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di
sebelah kanan.
*52. 3 AMAL*
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan
3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15hb Hijrah),solat Dhuha dan
solat sunat Witir.
*53. JANGAN TIDUR MENIARAP*
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah
posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
*54. CARA PEGANG MISWAK*
Miswak dipegang dalam keadaan jari
kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
*55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH*
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu
Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....
*Sebarkan..supaya lebih ramai lagi yg
mengamalkan sunnah.Jom amalkan sunnah Nabi!!*
Yg bagikan n menulis Aamiin semoga
rezekinya melimpah Aamiin....
No comments:
Post a Comment