Persoalan saya selama ini terjawab juga akhirnya
dalam program Al-Kuliyah petang ini. Saya sering ada rasa tidak berpuas hati
apabila ada saja kematian dalam sesebuah keluarga, maka keseluruhan ahli
keluarga akan sibuk menyediakan makanan buat tetamu yang hadir. Sedangkan pada
masa itu, suasana teramat-amatlah sedih, teramat-amatlah sayu.
Saya teringat waktu kematian arwah ayah saya. Pada
waktu itu, kami sekeluarga berada di dalam keadaan ekonomi yang agak meruncing.
Kami kehilangan satu kudrat, tulang belakang kami, yang menyara kehidupan kami.
Saya pula baru saja tiga bulan lebih bekerja dengan
gaji yang sangat kecil. Setelah ditolak itu, tolak ini, hanya tinggal beberapa ratus
sahaja untuk meneruskan hidup sementara menunggu gaji bagi bulan yang
seterusnya.hukum kenduri arwah, kenduri arwah, kenduri kematian, kenduri
selamat, kenduri doa selamat, wajib ke kenduri arwah
Apabila menerima kematian ayah yang tersayang, hati
bagaikan dilanggar garuda. Sedihnya tidak terkata. Ayah meninggal sewaktu saya
ada bersama-sama dengannya.
Selesai urusan pengebumian, saya lihat saudara mara
sibuk bertanyakan tentang kenduri arwah yang akan dijalankan. Pada masa itu
saya rasa sangat terhimpit. Dengan keadaan gaji yang cukup-cukup makan, saya
terpaksa mengorek sana sini, berkongsi dengan adik beradik hanya sekadar untuk
memenuhi permintaan orang-orang yang lebih dewasa yang mahu kenduri arwah.
Saya biarkan ibu berehat, sebab dia terlalu lemah,
sedih dengan pemergian ayah. Jadi, tinggallah saya dengan adik beradik yang
lain menguruskan semua itu sambil dibantu oleh saudara mara yang lain.
Pada waktu itu, keadaannya saling tidak tumpah
seperti sedang meraikan sebuah kematian sedangkan keluarga kami baru saja
kehilangan ayah. Senario ini biasa saya lihat dilakukan oleh orang-orang
dewasa, seolah-olah sudah menjadi adat yang hukumnya wajib. Saya sangat keliru
pada masa itu.
Mengapa perlu ada hukum sebegini? Sedangkan
sebenarnya mengadakan kenduri sangat menyusahkan kami sekeluarga kerana ia
menelan belanja yang banyak.
Disebabkan kenduri yang menelan kos tinggi, kami
terpaksa menangguhkan dulu hajat nak membeli batu nisan untuk kubur arwah ayah.
Bayangkanlah, pada waktu itu batu nisan yang tak sampai RM500 pun kami tak
mampu nak belikan sebab banyak wang telah dibelanjakan pada kenduri.
BACA JUGA: Jangan Lupa, Orang Tua Kita Adalah Kunci
Kepada Pintu Rezeki Kita
Kami memang susah pada waktu itu kerana selepas ayah
jatuh sakit, pendapatan kami sekeluarga sangat teruk. Kami makan sekadar ada,
tiada mewah-mewah. Berlaukkan telur goreng dengan kicap juga sudah cukup
bersyukur. Lebih dari itu, kami adik beradik sudah sebati dengan hidup susah.
Tubuh kami juga pernah menjamah tidur di atas simen beralaskan kotak tanpa
tilam empuk dan bantal.
hukum kenduri arwah, kenduri arwah, kenduri
kematian, kenduri selamat, kenduri doa selamat, wajib ke kenduri arwah
Hanya selepas beberapa bulan, barulah kami mampu
membeli batu nisan sebagai tanda kubur arwah ayah, menggantikan dua batang kayu
dengan sedikit rimbunan bunga yang abang saya cacakkan sementara menunggu batu
nisan di beli.
Namun, apa yang saya dengar dari ceramah Al-Kuliyah,
hari ini terjawab terus segala kemusykilan sejak sekian lama.
Menurut ustaz dalam program itu, orang Melayu kita
sudah banyak terpesong dengan adat.
“Kita berama tanpa ilmu dan menjadikan adat sebagai
rujukan utama berbanding Al-Quran dan sunnah. Hasilnya? Masyarakat terjerut
sendiri dengan adat ciptaan manusia.
Pada zaman Rasullullah, apabila mana berlakunya
kematian, Rasullullah akan mengumpul sahabat dan menyuruh mereka menyediakan
makanan untuk keluarga si mati demi meringankan beban keluarga.
Sunnahnya begitu. Tapi apa org Melayu kita buat?
Bercanggah bukan?
BACA JUGA:
Jangan Abaikan Keutamaan Mengingati Mati
Cukup saya katakan, keadaan yang kami sekeluarga
alami suatu ketika itu suatu adat yang membunuh kami.
Bukanlah tidak boleh keluarga si mati mengadakan
kenduri tahlil untuk arwah tetapi biarlah kena pada masanya iaitu apabila
keadaan kesedihan keluarga kembali reda. Keluarga pula masih perlu
menyelesaikan semua perkara yang bersangkut paut dengan arwah dan bagi keluarga
mempunyai wang yang mencukupi untuk menjamu tetamu yang datang.
Bukanlah seperti sekarang, asal ada sahaja kematian,
pasti akan menyusul kenduri tahlil 3 malam berturut-turut yang menelan belanja
yang besar. Seolah-olah jika tiada kenduri, maka keseluruhan ahli keluarga itu
dianggap berdosa.
Walaupun sekarang Alhamdulillah saya mampu dengan
rezeki yang Allah berikan tetapi saya tidak sesekali menyokong adat yang
terpesong dari sunnah itu. Sebab saya dah merasa susahnya ketika itu. Saya
tidak mahu orang lain merasa apa yang kami rasa kerana saya tidak kisah jika
tidak dihidangkan minuman sekalipun jika pergi melawat orang meninggal.
Keadaan itu saya telah mengambilnya. Beramallah
dengan Ilmu. Bila mana terlihat sesuatu yang pelik, maka berusahalah untuk mencari
kebenaran. Ilmu itu perlu dicari, bukannya datang bergorek sendiri. Adat tidak
semestinya benar dan wajar dituruti. Mana yang bercanggahan, perlu buang terus.
Mana yang baik, kita jadikan sebagai contoh dan sebarkan.
Saya berharap agar satu hari nanti ada kesedaran
dari golongan yang terlebih dewasa untuk memahami perkara itu. Memang sekarang
masih ada lagi adat begitu, tetapi jika lebih ramai yang bersuara tegakkan
perkara yang sama, inshaAllah adat yang pelik lagi menyusahkan itu boleh
dihapuskan.
No comments:
Post a Comment