Tahukah anda mengapa solat zuhur dan
asar tidak bersuara kuat? Pertanyaan ini mungkin mewakili sebahagian besar
masyarakat muslim awam yang mungkin hanya sekadar mengikuti apa yang telah
dilakukan oleh ayah, ibu dan masyarakat di sekelilingnya. Sesungguhnya,
mengetahui selok belok agama menjadi wajib bagi seorang muslim.
Terdapat peribahasa yang menyatakan
bahawa satu ibadah dengan ilmu lebih baik daripada seribu ibadah tanpa ilmu.
Sehingga dengan demikian kita perlu mengetahui tata cara solat seperti hukum
mengeraskan bacaan dalam solat.
Ini Alasan Mengapa Shalat Dzuhur Dan
Ashar Tidak Dikuatkan
Masalah jahar ataupun sirr ketika
melafazkan bacaan surah bukanlah persoalan apakah itu wajib ataupun sunat dan
menjadikan kesalahan tersebut disempurnakan dengan sujud sahwi seperti lupa
bertahyat awal. Akan tetapi bacaan solat zuhur yang dikeraskan atau tidak,
lebih bertumpu pada kebolehan untuk melaksanakannya atau tidak.
Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu dalam
shahih Muslim telah menyampaikan bagaimana keadaan Rasulullah SAW ketika solat.
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam
pernah solat bersama kami. Pada solat zuhur dan asar, beliau membaca Al Fatihah
dan dua surah di rakaat yang pertama. Sesekali beliau memperdengarkan ayat yang
beliau baca. Adalah beliau memanjangkan bacaan pada rakaat pertama dari solat
zuhur dan memendekkannya pada rakaat yang kedua. Begitu juga pada saat solat
subuh.”
Dari keterangan Abu Hurairah
Radhiyallahu ‘Anhu tersebut menjelaskan kepada kita terutama dalam kalimah,
“Sesekali beliau memperdengarkan ayat yang beliau baca” bahawa terdapat
kebolehan menjaharkan bacaan surah pada solat yang biasanya sirr seperti solat
zuhur ataupun asar. Sehingga bacaan yang dilakukan dengan sirr atau jahar bukan
menjadi syarat sahnya suatu solat.
Firman Allah berikut ini akan semakin
memperjelas alasan mengapa solat zuhur dan asar tidak bersuara.
“Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu
dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah
diantara keduanya itu.” (QS Al Isra 110)
Tafsir ayat tersebut menjelaskan bahawa
ketika Rasulullah berada di Mekkah, beliau melaksanakan solat berjamaah bersama
para sahabat dengan mengeraskan bacaan surah. Ketika kaum musyrikin Mekkah
mendengarnya, mereka pun mencaci maki bacaan tersebut, mencaci maki pula Dzat
yang menurunkannya dan mencaci maki orang yang menyampaikannya. Kerana sikap
itulah, maka Allah pun berfirman, “Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam
solatmu” Sehingga jika dipanjangkan maka kalimatnya akan menjadi, “Jangan
keraskan bacaanmu sehingga orang-orang musyrik mendengarnya.”
Akan tetapi Allah juga menyampaikan,
“Dan janganlah pula merendahkannya.” Sehingga bacaan mesti tetap terdengar oleh
para sahabat yang berada di saf pertama. Maka kerana itu Allah memerintahkan
Rasul untuk mencari jalan pertengahan diantara keduanya.
Dalam riwayat yang lain terdapat
keterangan yang menyatakan, “Maka setelah berhijrah ke Madinah perintah
tersebut telah gugur. Beliau boleh melakukan yang beliau kehendaki dari
keduanya.”
Dengan melihat berbagai keterangan
tersebut, maka menzahirkan bacaan saat solat maghrib, isya dan subuh serta
mensirr-kan bacaan solat zuhur dan asar adalah pengamalan yang dilakukan saat
solat pertama kali disyariatkan. Allah memerintahkan tidak menzaharkan ketika
siang hari supaya tidak menjadi celaan bagi kaum musyrikin.
Adapun mengapa solat jumaat, solat hari
raya, solat istisqa beserta solat lainnya yang dilakukan siang hari bersuara
nyaring dikeranakan Nabi dan kaum muslim sudah hijrah ke Madinah dimana
kekuatan umat Islam sudah terbentuk serta tidak akan ada kaum musyrik yang
berani mencela.
Demikian penjelasan mengapa solat zuhur
dan asar tidak bersuara. Semoga menambah wawasan bagi kita dalam mengenal
aturan yang ada dalam solat dan tidak menyalahkan jika ada yang menzaharkan
bacaan pada solat zuhur dan asar.
Wallahu A’lam
No comments:
Post a Comment