Soalan : Apakah Hukum melakukan onani?
Jawapan : Oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman
Kadang-kadang darah pemuda bergelora,
kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat
kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara
semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau
adatus sirriyah).
Kebanyakan para ulama mengharamkan
perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang
berbunyi:
"Dan orang-orang yang memelihara
kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang
demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu,
maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun:
5-7)
Sedang orang yang onani adalah
melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.
Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat,
bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti
memotong daging lebih.
Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm.
Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua
perkara:
1.
Karena takut berbuat zina.
2.
Karena tidak mampu kawin.
Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan
untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan
dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang
belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang
pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina.
Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan
bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.
Tetapi yang lebih baik dari itu semua,
ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang
tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu
dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk
bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap
jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Hai para pemuda! Barangsiapa di
antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan
pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya
ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat
Bukhari)
Kesimpulan pandangan terkuat oleh
pelbagai kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah : -
1) satu perbuatan yang haram, tetapi ia
bukanlah satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan
sebagainya.
Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada
tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t :-
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Ertinya : "dan orang-orang yang menjaga
kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka
miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa
mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
( Al-Mukminun : 5-7)
Allah menyifatkan orang yang memuaskan
nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-
a) Malumin : Ertinya : "tercela"
b) Al-'adun : Ertinya : "
orang-orang yang melampaui batas"
2) Hukum dosa ini sememangnya boleh
berubah menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat
iaitu di ketika tanpa melakukan seseorang akan PASTI terjerumus dalam kancah
zina.
Perlu diingat dharurat di sini hanya
adalah di ketika 'pasti akan terjerumus' iaitu tatkala kemudaratan zina itu
benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia telah tahu di mana boleh mendapatkan
pelacur, bohsia atau teman wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk
maksiat dan lain-lain.
Maksud saya, jika sekadar ia rasa ingin
berzina sahaja tetapi ia tidak punyai teman wanita, ia tidak pernah tahu di
mana mahu melanggani pelacur, atau kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya
bagaimana ingin merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak
yakin ia boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah)
sementara akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh
sebahagian ulama itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.
3) Hukum dosa ini boleh menjadi
bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan
tindakannya sendiri seperti menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video
lucah. Akibat dari tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani.
Tatkala itu, tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang
sengaja mendorong kepada terdesak itu.
Ia berbeza dengan seseorang yang
terangsang syahwat akibat ternampak dan sukar mengelakkan pandangan matanya
dari permandangan kurang elok di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke
tempat kerja dan pulang.
4) Hukum dosa atau haram melakukan onani
bagi lelaki dan wanita juga menjadi bertambah serius apabila dapat disahkan
perbuatan onani tadi mempunyai kesan negatif kepada kesihatan.
Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan
doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-
1) kesan buruk kepada kehidupan seksual
apabila berumahtangga
Jika anda lakukan onani secara luar
biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk
mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh
dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.
Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic
Masturbatory Syndrome'. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan
klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan
mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan
seksual sebenar.
2) Tahap kesihatan kemaluan boleh
terjejas hingga Mati Pucuk
Jika agak ganas dengan cara merangsang
anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak,
kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama
menunjukkan kesannya.
Ini kerana anggota sulit adalah organ
vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai
untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.
3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah
zakar lelaki
Saya ingin mengingatkan yang kerosakan
buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika
ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana
sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang'.
Sebagai contoh, anda melakukan onani
dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu
atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.
Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin
kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi
mandul.Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali
berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar,
kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.
Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika
tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada
cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.
Namun, jika kilang sudah rosak dan buah
zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama
secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika
zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!
Penutup
Sebagai akhirnya, antara fungsi Ramadhan
adalah mendidik hati dan diri agar mampu mengawal nafsu berikut :-
1) Nafsu marah apabila Nabi menegah kita
dari melayani ajakan pergaduhan semasa berpuasa.
2) Nafsu makan dan minum. Apabila kita
di tegah makan dan minum di siang hari.
3) Nafsu tidur. Apabila kita dianjurkan
untuk bangun sahur.
4) Nafsu Syahwat. Apabila kita diarahkan
untuk elakkan ‘bersama' isteri di siang hari Ramadhan.
KREDIT TO: http://mramirulhakim.blogspot.my
No comments:
Post a Comment