Saturday, 7 April 2018

Doa-Doa Amalan Ketika Hamil Yang Baik Untuk Ibu Amalkan



Amalan doa baik diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ini. Setiap ibu amat menginginkan yang terbaik buat anaknya. Jika inginkan yang terbaik buat zuriat kita, adalah tugas kita untuk mencorakkannya. Jadi cara terbaik adalah dengan mendidik mereka dengan doa-doa dan zikir sejak dari dalam perut lagi.

Amalan ini bukanlah bagus untu bayi sahaja, ia juga bagus untuk ibu. Berdoa dan berzikir setiap masa mengingati Allah merupakan tanda diri kita sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan kebaikan yang Allah titipkan setiap saat kepada kita.

Dengan mengingati Allah dan memperbanyakkan membaca Al-Quran dapat menenangkan jiwa dan memberi kesan positif pada ibu dan bayi dalam kandungan. Sofea kongsikan surah-surah yang boleh ibu amalkan sepanjang waktu hamil ni.

Surah Amalan Untuk Ibu Hamil



Surah Al-Fatihah
Bagi menenangkan  hati dan meguatkan ingatan

Surah At-Taubah
Bagi membersihkan jiwa & terpelihara daripada maksiat

Surah Yusuf
Bagi memohon anak yang cantik rupa dan akhlak

Surah Luqman
Bagi memohon anak yang cerdik

Surah Maryam
Bagi memohon dipermudahkan waktu bersalin

Surah Yasin
Bagi memohon anak yang teguh hati & tidak mudah terpengaruh dengan kejahatan

Surah al-Hujurat
Bagi memperbanyakkan susu ibu

Selain itu masa mengandung ni ibu boleh amalkan doa-doa sunat yang lain seperti doa Nabi Yunus a.s al-Anbiya’ ayat 21:87:

“tiada tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku) Sesungguhnya aku adalah daripada kalangan orang yang menganiaya diri sendiri.”

Sepanjang tunggu sakit contraction memang tak lekang baca ayat ni, dah sakit bersalin pun masih meniti dibibir. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

Seterusnya setiap selepas solat atau sambil-sambil buat kerja ibu digalakkan untuk memperbanyakkan membaca tasbih ini untuk sentiasa mengingati Allah :-

“Maha Suci Allah”

 “Aku Pohon Ampun Kepada Allah”

Marilah kita amalkan doa-doa yang baik setiap masa, insyaa Allah dengan izin Allah, dipermudahkan segalanya sepanjang tempoh kehamilan hingga lah bersalin. Moga semua ibu diberi kesihatan yang baik dan melahirkan khalifah yang sempurna.

Doa Semasa Hamil



Amin Amin Ya Allah.. semoga yang berguna itu kita dapat kongsikan dengan orang lain supaya perkongsian ini menjadi amal jariah untuk kita,,

No comments:

Post a Comment

HUKUM MENDENGAR & BERMAIN MUZIK

Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya Seperti mana isu ijtihad, pertama sekali kita perlu lihat perkara apakah yang boleh wujud ijtihad di...