Doa Yang Baik Diamalkan Pada Waktu Pagi | Berikut
adalah doa yang baik diamalkan pada waktu pagi, dikongsikan dari FB Ustaz
Hasnan. Semoga kita sama-sama mengamalkan kerana sesungguhnya Allah itu Maha
Berkuasa dan Maha Mendengar.
bismillahirrahmanirrahim
Ya الله Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon doa dengan
penuh pengharapan kepada Mu Ya الله semoga Engkau sudi mendengar permintaan
kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya Alim ajarkanlah kami yang lemah ini
untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami.
Ya الله bukakanlah hijab kami yang tak mampu melihat
setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.
Ya الله takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami,
janganlah Kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.
Ya الله bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami Ya الله
.
Ya الله sejahterakanlah kami dengan kesihatan yang
baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu.
Ya الله ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami
terlalu banyak dosa kepadaMu Ya الله .
Ya الله , jadikanlah kami redha pada sesuatu yang
mengecewakan hati kami.
Ya الله kami percaya Ya الله Engkau akan
menggantikannya dengan sesuatu yang lebeh baik bagi kami.
Ya الله , dorongilah kami untuk melakukan segala
kebaikan sekecil apa pun kerana kami tidak tahu kebaikan mana yang akan membawa
kami ke syurga.
Ya الله Ya Rahman Ya Rahim ampunkanlah dosa kedua
ibubapa kami dan Kau gantilah segala pengorbanan mereka dengan kebajikan untuk
mereka yang boleh membawa mereka ke syurgaMu Ya الله .
Ya الله sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan
mampu kami membalasnya. Justeru itu Ya الله , kurniakanlah kepada kedua ibubapa
kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله .
Ya الله janganlah Kau jadikan hari ini sebagai yang
terakhir buat kami, temukanlah kami dengan hari2 mendatang.
Tapi Ya الله , andainya hari ini hari terakhir buat
kami, Engkau rahmatilah kami dan jadilah hari ini paling bererti, penoh dengan
cahaya iman, menerangi kasih sayangMu.
َ
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah juga dosa anak isteri
kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian
muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi
Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .
Alhamdulillah. Marilah sama-sama kita amalkan doa
pagi ini.
No comments:
Post a Comment