Pertama : Membaca sebanyak 10 kali,
dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga
selesai bacaan :
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ
لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha
Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah
yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala
sesuatu.”
Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali,
sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :
اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار
“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api
neraka.”
Boleh juga membaca :
اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار
“ Ya Allah, peliharalah kami daripada
api neraka.”
Apakah fadilat amalan yang pertama?
Hadis daripada Abu Zar berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Barangsiapa yang membaca selepas
solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum
berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan
daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat
(kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang
dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat
membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah’. ” (Riwayat
at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot
dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)
Imam an-Nasa’I menambah, “ Dan baginya
setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”
Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya
setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi
Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”
Apa pula fadilat amalan yang kedua?
Hadis daripada al-Harith bin Muslim
daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda, “ Apabila kamu selesai
menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma
ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah
menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai
menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma
ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah
menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan
an-Nasa’i)
*Semoga menjadi amalan dalam membolehkan
kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T serta ditempatkan di
SyurgaNya..insyaAllah 🙂
No comments:
Post a Comment