Soalan:
Saya ingin bertanya akan hukum seorang
imam yang membaca ayat-ayat Al-Quran ketika solat dengan salah sebutan, tajwid
dan makhrajnya. Adakah ia membatalkan solat?
– Dr Iman, Shah Alam
Jawapan:
Mazhab Hanafi dan kebanyakan ulama Syafie
berpandangan dengan pandangan yang agak keras apabila mereka berijtihad bahawa
solat si imam adalah batal, terutamanya apabila makna ayat itu berubah atau
tiada makna. Malah sekiranya si imam itu beriktiqad dengan bacaan salah itu,
maka ia boleh menjadi kufur. Tetapi jika tersilap dan di ulangi maka solat
adalah sah.( Ad-Durrul Mukhtar, 1/589; Rawdah at-Tolibin, hlm 109, cet Dar Ibn
Hazm)
Manakala kebanyakan ulama mutaakhir
menyebut kesilapan dalam tajwid dan makhraj serta tatabahasa di dalam bacaan ayat
quran, tidak membatalkan solat. Bagaimanapun sekiranya bertukar huruf yang
mudah disebut kepada huruf yang lain seperti “solehat” kepada “tolehat”, maka
solat adalah batal secara sepakat ulama. Adapun, jika huruf yang sememangnya
agak sukar di lafazkan seperti ‘sin’ dengan ‘shim’ atau bertukar ‘shod’ kepada
‘sin’ dalam bacaan fatihah. Ia tidak membatalakn solat kerana umum al-balwa
(perkara silap yang sukar dielakkan).
Tidak membaca “tasydid” pada bacaan
al-fatihah seperti (iyyaka na’budu) dibaca (iyaka na’budu) atau (rabbil
‘alamin) dibaca ( rabil ‘alamin) akan merosakkan solat.
Manakala Mazhab Hanbali berijtihad
bahawa sebarang kesilapan di dalam bacaan imam yang menukar erti ayat selain
pada bacaan al-Fatihah tidak membatalkan solat. Silap dalam fatihah pasti
membatalkan solat. ( Al-Mughni, 2/198)
Bagi mengelakkan masalah ini berbangkit,
setelah melihat yang paling mengetahui ilmu tentang hukum solat, Nabi SAW amat
menggalakkan individu yang layak menjadi imam adalah paling baik bacaannya di
samping syarat-syarat yang lain. Berdasarkan hadith : ertinya ” “menjadi imam
bagi sesuatu kaum adalah yang paling baik bacaan al-Qurannya, sekiranya
bacaannya sama, maka yang lebih mengathui perihal sunnah” ( Riwayat al-Jamaah
kecuali al-Bukhari, Nasb ar-Rayah, 2/24)
Sekian
Oleh: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
No comments:
Post a Comment