apabila seseorang manusia lelaki itu
dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:
1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi
lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang
wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik
dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.
2) Sangat suka menyendiri dan tidak
selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda
berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah
sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda
boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.
3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara
romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau
berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda
kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda
cipta sendiri dalam bayangan anda.
4) Suka bersendirian ketika berjalan
terutamanya pada waktu malam.
5) Suka duduk mengelamun bersendirian
melayan perasaan di bawah bulan purnama.
6) Sering merasa sedih, gembira, sayu
atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.
7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh
cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun
telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan
mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta
tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.
8) Anda akan selalu didatangi oleh
wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti
akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah
malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja
kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh
jadi lebih dari itu.
9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi
dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan
wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya
mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar
berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari
situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.
Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan
itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba
untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan
menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan
sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun
dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.
10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih
teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika
ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata.
Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya
dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman
yang sedang berbicara dengannya.
11) Apabila anda bangun pagi anda dapat
merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat
merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.
12) Apabila anda bangun pagi anda
merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang
walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.
13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada
aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda.
Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda
seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya
kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi
marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula
memberikan kesan.
14) Sekiranya melibatkan gangguan yang
lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana
anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.
15) Anda juga akan dapat merasakan
bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.
16) Orang lain juga akan perasan
seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani
anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak
kelihatan.
17) Sekiranya jin yang mencintai anda
merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang
dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.
18) Sekiranya ditakdirkan anda
berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan
isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba
sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi
miliknya.
19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak
terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang
munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda
terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda
dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang
menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin
tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.
20) Kalau ditakdirkan anda mendapat
anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang
dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu
anak lelaki.
Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam
keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin
yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau
sebaliknya. InsyaAllah dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan pula
dengan pembaca tanda-tanda jin jantan menyintai seorang wanita.
Nasihat saya sebaiknya kita amalkan
membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat
ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal
kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.
No comments:
Post a Comment