Pernah tak kita terfikir, dari mana
datangnya air sungai yang tak putus-putus walau dalam musim kemarau pun. Ini
jawapan dari Al Quran.. Allahu. Subhanallah.
TEORI PUNCA AIR SUNGAI
Seperti yang diceritakan oleh FB Saiful
Nizar Abd Rahim (LINK). Dari aku kecil hingga skrg walau secara teorinya aku
faham ttp secara logik akal aku masih tertanya2. Iaitu dari mana datangnya
sumber air sungai.
Teori mengatakan dari mata air di
gunung-ganang dan bukit-bukau yg mengalir melalui tanah dan batu2. Ada yg kata
mata air tesimpan di celah2 pokok dan batu2 di hutan. Dari situ terjadinya
sungai.
Memang benar tp akal fikir banyak mana
sangat mata air tu? Di musim kemarau pun tak kering. Jika mata air di lembah
kita faham ttp jika di tempat yg tinggi.. mcm mana mata air tu boleh naik
tinggi.
Aku selalu tengok Google map paparan
satelite. Mmg kebanyakan punca sungai dari tempat tinggi. Tp ada jg dari celah
kampung mana ntah bermulanya punca sungai.
Bila tengok gambar ni.. pokok tak ada
dan hanya batu pejal tiba2 keluar bercabang2 air terjun.. lagi pening. Banyak
pula tu dan tentunya tak henti mengalir. Apa yg dpt kita kata hanya MasyaAllah,
Subhanallah. Allah yg menjadikan semuanya utk kegunaan manusia, tumbuh2an,
haiwan dan semuanya.
PUNCA AIR SUNGAI DALAM QURAN
Antara apa yg disebut oleh Allah di dlm
Al-Quran ttg punca sungai..
Maksud firman Allah: “Kemudian sesudah
itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.
Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai
daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar
mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana
takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu
kerjakan” – Al-Baqarah:74 .
Sumber: FB Saiful Nizar Abd Rahim
No comments:
Post a Comment