Sunday, 8 April 2018

KETAHUI CIRI CIRI ORANG YANG MENDAPAT SYAFAAT DARIPADA NABI MUHAMMAD SAW DI HARI KIAMAT NANTI.. PERINGATAN PENTING SUPAYA KITA PUN MENDAPAT SYAFAAT DARIPADA RASULULLAH..



1.  Siapakah golongan manusia yang paling berbahagia akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW?. Dari Abu Hurairah r.a katanya: Ada orang bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaat (pertolongan) tuan (Rasululah) di hari kiamat?’  Rasulullah menjawab: “Wahai Abu Hurairah, belum ada orang bertanya perkara ini kepadaku sebelum ini. Orang yang paling beruntung mendapat pertolonganku di hari kiamat, ialah orang yang mengucapkan ‘Laa ilaaha illallaah’, benar-benar ikhlas dari hati sanubari dan seluruh jiwanya.” (Hadis Riwayat Bukhari).

2.   Penjelasan Hadis  : Mengucapkan kalimah ‘Laa ilaaha illallaah’ dengan ikhlas akan menghasilkan keperibadian serta akhlak yang baik dan mulia. Dari keperibadian yang baik dan mulia timbul pula amalan yang baik. Dengan kerana itu mereka bakal memperolehi syafaat Rasulullah SAW di hari kiamat. Pada masa yang sama mereka juga bebas dari syirik kepada Allah SWT.

3. Apakah maksud kalimah " Laa ilaaha illallaah"?. Kalimah "Laa ilaaha illallaa" adalah kalimah yang termasuk di dalamnya Tauhid Uluhiyah. Tauhid Uluhiyah adalah bermaksud mentauhidkan Allah SWT dalam peribadatan atau penyembahan. Inilah tujuan Allah SWT mengutuskan Rasulullah, iaitu untuk menyeru manusia supaya menerima Tauhid Uluhiyah. Tidak ada ilah (tuhan) yang berhak dan layak di sembah melainkan Allah SWT . Tidak ada ketaatan dan kepatuhan melainkan ketaatan yang mutlak hanya kepada Allah SWT.

4. Penegasan tentang perkara di atas telah difirmankan oleh Allah SWT dalam surah-surah berikut:

4.1. Surah Al-Anbiya [Para Nabi](21:25) Allah SWT berfirman yang berbunyi



“Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu”.

4.2. Surah An-Nahl[Lebah](16:36) pula Aklah berfirman yang berbunyi:


“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.”

4.3. Surah Al-Mukminun[Golongan Orang Beriman](23:23) berbunyi:



“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya lalu berkatalah ia: “Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?”.

5. Seorang mukmin sejati yang memiliki dan berpegang teguh kepada Tauhid Uluhiyah akan sentiasa patuh dan taat kepada perintah Allah SWT.  Mereka menerima sepenuhnya undang-undang serta peraturan yang di ciptakan oleh Allah SWT tanpa ragu-ragu.  Pada masa sama pula  mereka menolak apa jua undang-undang serta peraturan ciptaan manusia.

No comments:

Post a Comment

HUKUM MENDENGAR & BERMAIN MUZIK

Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya Seperti mana isu ijtihad, pertama sekali kita perlu lihat perkara apakah yang boleh wujud ijtihad di...