1.
Setiap perintah dari Allah SWT wajib akan ada kebaikannya kepada
manusia. Sebagai pencipta manusia pastinya Allah maha mengetahui apakah perkara
yang terbaik untuk manusia ciptaanNya. Salah satu perintah Allah yang banyak
manfaat ialah solat. Solat sangat baik untuk kesihatan badan. Salah satu
manfaatnya ialah untuk kesihatan tulang belakang. Satu kajian yang dibuat di
Universiti Winscosin, Amerika Syarikat merumuskan bahawa solat dengan tumaninah
(tertib) dapat menyembuhkan sakit
belakang yang kronik. Renungkanlah firman Allah SWT dalam Surah Ali
Imran[Keluarga Imran](3:191) yang berbunyi:
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan
mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring
mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil
berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan
sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”
2.
Dua jenis manfaat boleh diperolehi dari ibadat solat, iaitu manfaat
fizikal (jasmani) dan juga spiritual (rohani). Manfaat fizikal dapat dinilai
dalam gerakan-gerakan solat yang tumaninah manakala manfaat spiritual pula
dapat dilihat dari kekhusyukan dalam solat. Justeru itu adalah sangat penting
untuk melakukan solat dengan tumaninah dan khusyuk sehingga orang yang
melakukan solat akan mendapat kelebihan/kebaikan.
3.
Dalam posting kali ini dua pergerakan/perbuatan dalam solat yang akan
dibincangkan, iaitu qiam (berdiri tegak) dan rukuk (membongkokkan badan). Setiap
gerakan ini jika dilakukan dengan cara yang betul dan tumaninah akan memberikan
kesan yang hebat pada badan kita.
4. Dengan
berniat dan takbiratul ikhram yang khusyuk memberikan manfaat ketenangan jiwa
dan fikiran yang akan menimbulkan peningkatan endorphin dalam badan yang boleh
merangsang pembentukan tenaga. Qiyam adalah pergerakan/perbuatan awal dalam
solat. Ia perbuatan berdiri tegak dengan kedua kaki direnggangkan. Tangan kanan
diletakkan di atas tangan kiri dan kedua-dua tangan itu diletakkan di atas
perut. Dalam posisi ini pengucupan otot tangan, siku dan aliran darah berada
dalam kedudukan rehat dan seimbang yang memberi manfaat untuk melancarkan
pergerakan sendi yang boleh menghalang simpulan sendi (joint stiffnes). Ia juga
meningkatkan kadar sel darah Eosinophil yang berperanan dalam fungsi kekebalan
badan. Gerak balas badan yang lain juga akan menurunkan kadar hormon cortison
darah yang jika kadarnya rendah akan mencegah risiko kerosakan organ. Tiga
kesan ini telah dibuktikan dengan
penelitian oleh Dr. M. Soleh dari Universiti Airlanga, Indonesia. Beliau telah
meneliti ketiga kadar zat tubuh badan tersebut pada dua kumpulan pelajar yang
solat tahajjud di mana satu kumpulan diajarkan solat dengan cara yang khusyuk
dan kumpulan lain dibiarkan solat seperti biasa.
5.
Kedudukan kedua adalah posisi rukuk. Rukuk yang betul ialah posisi
dimana tulang punggung berkedudukaan seperti 90 darjah. Kedudukan kepala tidak
boleh lebih tinggi atau lebih rendah dari bahu. Kedua tangan diletakkan di
kedua-dua lutut seperti menggenggam tempurung lutut. Disebutkan dalam Hadis
Riwayat Al Baihaqi dan Darquthi, "Sesungguhnya Rasulullah SAW, ketika
rukuk, beliau membuka (meregangkan jari-jarinya) dan apabila sujud merapatkan
jari-jarinya." Dalam Hadis Riwayat
Ibn Kuzaimah dan Ibn Hibban pula, "Jika kamu rukuk, letakkan kedua
tanganmu pada kedua lututmu dan rengangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah
hingga ruas tulang belakang tegak pada tempatnya. Apabila Rasulullah rukuk,
beliau melurus dan meratakan tulang punggungnya (90 darjah) sehingga apabila
diletakkan segelas air di atasnya, airnya tidak akan tumpah. "
6.
Kedudukan sempurna dan tumaninah seperti itu akan memberikan kesan kesihatan yang sangat baik
bagi kesihatan tulang belakang. Dalam kedudukan rukuk tumaninah otot rangka seluruh
tulang belakang menjadi lebih rehat dan tenang tanpa beban dari berat badan.
Daripada kajian yang dilakukan oleh Fakulti Kejuruteraan BioPerubatan
Universiti Malaya, telah dibuktikan bahawa kedudukan sempurna rukuk berperanan
dalam melambatkan proses degeneratif dengan meningkatkan pertumbuhan semula
tisu baru dan juga menjaga keseimbangan cecair sel dan melancarkan fungsi buah
pinggang.
7.
Posisi rukuk yang sempurna juga menjadikan aktiviti otot lumbosacral ke
4 dan 5 (buku tulang pinggang) menjadi lebih rileks. Pada awal pergerakan rukuk
otot-otot pinggang mengecut kemudian setelah mencapai kedudukan sempurna ia
akan menjadi rileks. Kedudukan seperti ini juga dapat menambah kelonggaran
'spinal canal' atau saluran saraf tulang belakang. Dengan itu ia akan mengurangkan risiko
kemampatan saraf. Gerakan berulang seperti itu juga akan meningkatkan fleksibiliti
tulang belakang yang penting untuk kelenturan dalam menyokong beban dari
badan. Badan kita menjadi lebih baik dan
sihat dengan mengerjakan solat yang khusyuk dan tumaninah.
“Niat adalah ukuran dalam menilai
benarnya suatu perbuatan. Oleh kerana itu, ketika niatnya benar, maka perbuatan
itu juga benar tetapi jika niatnya salah maka perbuatan itu juga salah.” ~
Mutaira Kata Imam Nawawi Rahimahullah
Sumber : mekmad.blogspot.my
No comments:
Post a Comment