Anda Perlu Tahu Waktu Yang Sesuai
Memotong Kuku.
1. Seminggu sekali sebaik-baiknya hari
Jumaat
Adapun menurut Imam asy-Syafi’e dan
ulama-ulama asy-Syafi’eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan
sembahyang Jumaat, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman,
berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Jumaat.
Diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri
dan Abu Hurairah Radhiallahu‘anhuma berkata yang maksudnya :
Maksudnya: “Bersabda Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat,
bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian
keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk)
orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja
(sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak
berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa
di antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.”
(Hadis riwayat Ahmad)
2. Bila dalam keadaan bersih maksudnya
wanita yang tidak dalam tempoh haid
Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang
itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku
atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya
sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan
kembali kepadanya dengan keadaan junub (tidak suci).
3. Memotong kuku jika kuku sudah
kelihatan panjang
Adapun waktu memotong kuku itu
tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan
memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi
janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh
hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :
“Telah ditentukan waktu kepada kami
memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari
agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.”(Hadis riwayat
Muslim)
P/S : Oleh itu marilah kita amalkan
menjaga kebersihan diri agar hidup kita lebih sihat dan terhindar daripada
penyakit yang berjangkit. Menjaga kebersihan diri haruslah juga dijadikan
amalan daripada kita kecil lagi dan saya berharap waktu sesuai memotong kuku di
atas boleh dijadikan panduan. Dalam beberapa perkara hukum Islam, kuku tidak
seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Misalnya ketika seorang dalam keadaan
ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian
juga kuku boleh menyebabkan tidak sahnya wudhu atau mandi junub, jika air tidak
sampai atau terhalang sampai ke kuku.
Mohon perbetulkan saya sekiranya ada
yang tersilap dalam artikal ini di ruang komen.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan,
dipersilakan share.
No comments:
Post a Comment