Sunday, 8 April 2018

Doa memohon kebaikan, kejayaan, dan kemenangan. Amalkan Waktu pagi sebelum memulakan sesuatu pekerjaan



Doa memohon kebaikan, kejayaan, dan kemenangan. Amalkan Waktu pagi sebelum memulakan sesuatu pekerjaan

Bacalah doa ini diwaktu pagi sebaik-baiknya selepas solat Isyraq atau sebelum memulakan sesuatu pekerjaan secara istiqamah. InsyaAllah beroleh ketenangan dan kegembiraan serta dapat melancarkan apa yang diusahakan sepanjang hari tersebut.

Bismillahiroahmannirahim..

“Ya Allah..Aku berada di waktu pagi dan jadikanlah semua kekuasaan kepunyaan Allah; juga kebesaran dan keagungngannya; penciptaan makhluk; segala urusan; malam, siang dan segala yang berlaku pada kedua-duanya semuanya adalah kepunyaan Allah. Ya Allah, engkau jadikanlah permulaan hari ini suatu kebaikan dan pertengahannya suatu kemenangan manakala penghabisannya suatu kejayaan. Ya Allah! sesungguhnya aku memohon kepadamu ilmu yang berguna, rezeki yang baik, amal baik yang diterima, serta kebaikan di dunia dan di akhirat. wahai yang maha pengasih lagi maha penyayang. Amin..”

boleh juga amalkan doa ini..doa solat sunat dhuha..

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah.. wallahualam..

No comments:

Post a Comment

HUKUM MENDENGAR & BERMAIN MUZIK

Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya Seperti mana isu ijtihad, pertama sekali kita perlu lihat perkara apakah yang boleh wujud ijtihad di...