1.
Ada empat perkara yang sentiasa dibawa oleh Rasulullah SAW ke mana-mana
baginda pergi, iaitu minyak wangi, sikat, celak dan kayu siwak untuk memberus
gigi. Bagi posting ini kita sama-sama melihat kebaikan bersiwak yang menjadi
amalan Rasulullah setiap kali baginda bangun tidur. Antara sabda Rasululah
tentang bersiwak ini ialah:
1.1.
“Seandainya tidak memberatkan aku ke atas umatku nescaya aku perintahkan
mereka dengan bersiwak” (Hadis Riwayat Bukhari)
1.2.
“Telah aku sering (memperingatkan) atas kamu semua mengenai bersiwak”.
(Hadis Riwayat Bukhari)
1.3.
Di riwayatkan oleh Aisyah ra, isteri Rasulullah: "Kami biasa
menyiapkan sebuah siwak dan air untuk wuduk bagi Rasulullah SAW pada bila-bila
pun Allah menghendaki baginda bangun dari tidur malam, beliau akan membersihkan
giginya dengan siwak, mengambil wudhu, dan lalu mendirikan solat". (Hadis
Riwayat Muslim).
2. Pokok siwak ialah sejenis tumbuhan
yang mempunyai nama latinnya ‘Salvadora persica’. Lebih 1,400 tahun lalu namanya telah
disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW. Siwak berasal dari bahasa arab 'yudlik'
yang ertinya mengurut (massage). Siwak lebih dari sekadar berus gigi
biasa. Ini kerana selain memiliki serat
batang yang elastik dan tidak merosakkan gigi, siwak juga mempunyai kandungan
antimikrobial dan antidecay system. Ranting pokok siwak yang berdiameter kecil
senang untuk masuk ke dalam mulut dan dapat mengikis plak pada gigi. Siwak juga
selamat dan sihat bagi perkembangan gusi.
3.
Siwak adalah pembersih gigi yang baik kerana terbukti mengandungi
mineral-mineral semulajadi yang dapat membunuh bakteria, menghilangkan plak
gigi, mencegah gigi berlubang serta memelihara gusi. Siwak juga berfungsi
mengikis dan membersihkan bahagian dalam mulut. Siwak dikatakan mempunyai
kandungan kimia yang bermanfaat dan berkhasiat seperti berikut:
3.1.
Klorida, Pottasium, Sodium Bicarbonate, Fluorida, Silika, Sulfur,
Vitamin C, Trimetilamin, Salvadorin, Tannin dan beberapa mineral lain yang
berfungsi untuk membersihkan gigi, memutihkan dan menyehatkan gigi dan gusi.
3.2.
Antibacterial Acids, seperti astringents, abrasive dan detergent yang
berfungsi untuk membunuh bakteria, mencegah jangkitan, menghentikan pendarahan
pada gusi.
3.3.
Enzim yang mencegah pembentukan plak yang merupakan penyebab radang gusi
dan penyebab utama kerosakan gigi.
3.4.
Anti decay agent (zat anti pembusukan) dan antigermal system yang
bertindak seperti Penicilin untuk menurunkan jumlah bakteria di mulut dan
mencegah terjadinya proses pembusukan.
4.
Kajian dari aspek kimia terhadap tanaman ini telah dilakukan semenjak
abad ke-19 dan ditemui sejumlah besar klorida, fluorin, trimetilamin dan resin
padanya. Kemudian ditemui juga kandungan silika, sulfur dan vitamin C.
Kandungan kimia tersebut sangat bermanfaat bagi kesihatan gigi dan mulut di
mana trimetilamin dan vitamin C membantu penyembuhan dan pembaikan rangkaian
gusi. Klorida bermanfaat untuk menghilangkan kekotoran pada gigi. Silika pula
dapat bertindak balas sebagai penyental. Fluorin amat berguna bagi kesihatan
gigi sebagai pencegah terjadinya plak gigi.
5.
Pada tahun 1986 WHO juga mengesyorkan penggunaan siwak. Pelbagai kajian
ilmiah lain melaporkan bahawa ekstrak tanaman siwak pada kepekatan yang tinggi
boleh disamakan dengan zat desinfektan oral dan anti plak lain iaitu triklosan
dan klorheksidin glukonat. Penyelidikan terakhir pada tahun 2007 telah
dilakukan oleh penyelidik di Syarikat Wrigley. Dalam laporannya di Jurnal
Agrikultur dan Kimia Bahan Makanan membuktikan bahawa batang kayu Magnoliofita
(sejenis pokok seperti siwak) mempunyai kebaikan anti bakteria yang tinggi
terhadap bakteria penyebab bau mulut.
6.
Kini telah ada ubat gigi di pasaran yang menggunakan ekstrak dari kayu
siwak. Tujuannya untuk memancing pelanggan beragama Islam barangkali. Apa pun
sebagai seorang Islam, kita wajib menyakini sepenuhnya bahawa apa juga sabda
Rasulullah SAW dan amalannya pasti akan ada kebaikan kepada manusia. Ini kerana
apa jua yang datang dari Rasulullah itu hakikatnya ialah wahyu dan perintah
dari Allah SWT yang maha mengetahui.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang
lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. ~ Mutiara Kata Saidina Umar
Al-Khattab
No comments:
Post a Comment