Friday, 13 April 2018

HUKUM MENDENGAR & BERMAIN MUZIK



Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya
Seperti mana isu ijtihad, pertama sekali kita perlu lihat perkara apakah yang boleh wujud ijtihad di situ. Kedua, siapakah yang layak untuk berijtihad. Dua perkara ini merupakan nilaian asas untuk menentukan sesuatu hukum.

Kembali kepada hukum muzik, perkara ini diperselisihi sejak zaman berzaman. Daripada Ibnu Hazm Al-Andalusi yang mengkritik hadis mu’allaq di dalam Sahih Bukhari. Hadis mu’allaq adalah hadis tanpa sanad yang tergantung, disandarkan secara langsung sabda Nabi daripada sahabat. Di sisi ulama hadis, secara asalnya hadis mu’allaq merupakan hadis yang lemah dan tidak boleh diguna pakai. Tetapi ada hadis yang Imam Al-Bukhari bawa secara mu’allaq di dalam Sahihnya, antaranya adalah hadis pengharaman muzik.

Maka Ibnu Hazm Al-Andalusi yang merupakan ulama kurun ke-3H mengatakan bahawa hadis ini mu’allaq, dhaif dan tidak boleh dipakai. Dia di antara ilmuan Islam pertama yang menolak hadis-hadis mu’allaq dalam Sahih Bukhari, antaranya hadis Al-Ma’azif, di mana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِى أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ

“Benar-benar akan ada di kalangan umatku kaum-kaum yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamr (arak), dan muzik.” (Riwayat Al-Bukhari dengan lafaz yang jazm/tegas)

Apabila dikatakan “akan ada di kalangan umatku satu kaum yang menghalalkan muzik” ini menunjukkan bahawa hukum muzik itu adalah haram pada asalnya.

Perkataan Al-Ma’azif di dalam hadis itu juga diperselisihi di kalangan ahli ilmu tentang pengertiannya. Apakah ia bermaksud peralatan muzik ataupun ia bermaksud pemuzik, ataupun ia bermaksud kedua-duanya sekali. Yang tepatnya seperti yang dijelaskan oleh Imam Ibnu Al-Qayyim rahimahullah, apa yang diertikan dengan Al-Ma’azif adalah peralatan-peralatan muzik.

Para ahli ilmu di dalam memahami isu muzik berselisih kepada tiga pendapat; 1) muzik itu haram secara mutlak, 2) muzik itu harus tetapi bersyarat, 3) muzik itu harus secara mutlak (pendapat Ibn Hazm).

Di kalangan ilmuwan kontemporari, ada yang mengatakan muzik itu harus tetapi bersyarat, contohnya tidak lagha (sia-sia), liriknya bagus, tidak melalaikan dan sebagainya.

Dan sebahagian ilmuwan lagi memegang pendapat yang mengatakan muzik haram secara mutlak berdasarkan nas atau dalil yang tegas dari Al-Quran dan Hadis, antaranya seperti hadis di atas serta banyak lagi perbuatan para sahabat yang membenci dan mengelak dari mendengar muzik.

Maka pendapat mana yang benar dan hendak kita pilih?

Apabila kita berhadapan dengan isu seperti ini, pertama sekali hendaklah kita kembalikan perselisihan itu kepada nas Al-Quran dan Hadis. Hadis yang dikatakan mu’allaq oleh Ibn Hazm tadi telah dijawab oleh ulama hadis yang lain bahawa ia bukan hadis mu’allaq. Ini kerana di antara metodologi Imam Bukhari, kadang-kadang apabila hadis itu berulang, dia tidak menyatakan sanadnya. Tetapi sebenarnya hadis itu maushul (bersambung sanadnya).

Perkara ini telah dijawab oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam kitab beliau Ta’liqu Al-Ta’liq yang mempertahankan Sahih Al-Bukhari. Dia telah membuktikan bahawasanya hadis-hadis yang Imam Bukhari nyatakan tanpa sanad sebenarnya semuanya bersanad. Antaranya adalah hadis muzik tadi. Maka hadis itu sahih dan wajib diterima.

Jadi wujud pendapat yang mengatakan muzik itu haram. Muzik mesti dijauhi dan dielakkan. Dalilnya banyak lagi, antaranya bukti dari perbuatan Abu Bakar As-Siddiq radhiyallahu ‘anhu apabila dia masuk ke rumah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, dia mendengar budak perempuan yang masih kecil menyanyi sambil memukul duf. Apabila dia mendengarnya, dia marah lantas mencelanya dengan mengatakan, “Seruling-seruling Syaitan!” Nabi mengatakan kepada Abu Bakar, biarlah, mereka sedang berhari raya. Hadis ini menjadi antara titik utama perselisihan.

Satu kumpulan mengatakan Nabi mengizinkan, menunjukkan ada pengecualian. Maka wujudlah pandangan yang mengatakan boleh dengan bersyarat.

Pendapat yang membolehkan ini telah dijawab oleh orang-orang yang mengatakan muzik ini haram, mereka mengatakan bahawa sesungguhnya muzik ini haram kepada semua orang kecuali kepada kanak-kanak perempuan, dan di sana ada pengecualian kepada peralatan-peralatan tertentu seperti duf. Namun Nabi membenarkannya hanya untuk kanak-kanak perempuan. Nabi tidak menyuruh Abu Bakar menyanyi satu lagu, Nabi tidak menyuruh sahabat menyanyi, dan Nabi tidak ada pertubuhan Nasyid, kelab Nasyid dan sebagainya. Semua ini tidak ada dan tidak pernah dibuat pada zaman Nabi dan para sahabat.

Jadi mereka mengatakan muzik haram. Kenapa haram? Kerana apabila Abu Bakar mencela, dan mengatakan bahawa muzik ini adalah seruling-seruling Syaitan, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sama sekali tidak mengkritik atau membantah perkataan Abu Bakar yang mengatakan sedemikian. Ini bererti Nabi mengakui bahawasanya benar nyanyian dan pukulan itu merupakan seruling-seruling Syaitan, cuma Baginda memberi pengecualian kepada kanak-kanak yang masih kecil untuk bergembira pada hari Raya mereka.

Para ulama yang mengharamkan ini berusaha untuk menyamakan pandangan mereka dengan teks-teks hadis.

Maka yang mana hendak kita ikut? Pandangan yang mengatakan muzik harus juga menggunakan hadis yang sama tetapi mereka memahaminya secara umum. Mereka melihat Nabi membenarkan kepada semua orang. Bahkan mereka menggunakan dalil-dalil Syair untuk membenarkan nyanyian, di mana sahabat-sahabat Nabi ada yang bersyair.

Syair Arab hakikatnya bukan seperti syair kita yang berlagu-lagu. Syair Arab hanyalah dibaca seperti sajak, disebut seperti bacaan biasa, tanpa lagu dan tanpa dinyanyikan.

Jadi pendapat yang menggunakan dalil Syair untuk mengharuskan nyanyian ini juga tertolak.

Adapun kita apabila berhadapan dengan dua pandangan ini, kita jadi keliru. Mengapa kita keliru? Sebab kita minat muzik. Apabila kita minat muzik, kita merasakan pendapat yang mengharamkan itu terlalu berat dan keras, tidak sesuai dengan kita. Kita cenderung kepada pendapat yang mengharuskan kerana ia lebih longgar dan kena dengan minat kita.

Agama ini bukan soal keras sangat, tegas sangat, literal sangat atau mengikut apa yang kita suka. Literal kita dengan Al-Quran dan hadis Nabi sallallahu’alaihi wasallam sebenarnya sangat baik selama mana sesuai dengan kaedah. Jangan literal tidak ketahuan.

Para ulama yang mengharamkan muzik berhujah dengan kaedah. Mereka bukan berhujah semberono, melihat satu hadis dan terus mengeluarkan hukum. Tidak. Mereka telah menghimpunkan kesemua dalil dan mereka mengikuti kaedahnya dan itulah hasil dari kefahamannya.

Saya dulu daripada kecil sampai masuk sekolah menengah merupakan penasyid, menyanyi bersungguh-sungguh bersama kumpulan nasyid, membuat persembahan di sana sini. Nasyid atau lagu, kalau tidak sedap siapa yang hendak dengar?

Kalau kita mengatakan, “Kita telah menyampaikan mesej dakwah melalui lagu ini”, kalau lagu itu tidak sedap, siapa yang hendak mendengarnya? Siapa yang hendak mengambil manfaat daripadanya? Bahkan kalau sedap sekalipun, sejauh mana ia dipraktikkan?

Walaupun ramai yang telah hafal lagu Maher Zain “Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wa Jama’a bainakuma fi khair”, lafaz itu adalah dari hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, diambil dan dijadikan lagu. Walaupun sedap dan ramai orang telah menghafalnya, tetapi berapa ramai yang mengucapkannya kepada pengantin?

Sebab itu, Nabi tidak menjadikan muzik ini sebagai salah satu alternatif atau mekanisme untuk dakwah. Tidak ada satu pun contoh dari Nabi dan para sahabat, mereka tidak pernah berdakwah melalui muzik pun. Jadi kita sebagai pendakwah yang hendak berdakwah, tidak perlulah hendak bermuzik.

Setidak-tidaknya ambillah langkah berhati-hati, supaya tindakan kita itu tidak menjerumuskan kita kepada kemungkaran yang lebih besar. Jangan jadikan muzik sebagai salah satu cara untuk kita berdakwah.

Satu masalah yang sangat besar yang kita hadapi pada hari ini adalah apabila di kalangan ustaz-ustaz sendiri yang mempromosi muzik. Sepatutnya dia mempromosikan ilmu agama yang ada padanya, ilmu yang diwariskan oleh Nabi, bukan mempromosikan muzik. Ada banyak benda yang lebih penting untuk disampaikan kepada masyarakat, daripada menyibukkan diri dengan muzik dan lagu. Berpegang dengan hadis Nabi di dalam isu ini adalah lebih baik dan selamat.

Sesungguhnya ketenangan bagi jiwa orang yang beriman itu adalah dari alunan Al-Quran Al-Karim. Ketenangan itu bukan datang dari muzik dan lagu, tetapi ia datang dari mengingati Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Wallahu a’lam.
SUMBER : ustazfathulbari.wordpress.com

Thursday, 12 April 2018

Inilah Syirik Khafi Yang Paling Besar Dalam Umat Islam Hari Ini...Wajib Tahu Dan Perlu Dijauhi!



Sebagai insan biasa kita semua memang tak lari dari masalah. Masing-masing hadapi masalah yang berbeza dalam kehidupan mereka. Ada yang ada masalah keluarga, pekerjaan, hubungan, dan sebagainya.

Semasa singgah di sebuah masjid, lelaki ini disapa oleh seorang jutawan yang sudah berumur. Perbualan mereka pada awalnya bermula dengan beberapa pertanyaan namun nasihat yang diberikan selepas itu cukup mendalam.

“Setiap orang ada masalah…”

Jumaat baru ni sewaktu pulang ke kg bg menguruskan beberapa hal, sy singgah d salah sebuah masjid di Lenggong. Dgn izin Allah, sy bertemu dgn seorang pakcik yg sy kira bertaraf jutawan. Bkn jutawan segera, tp jutawan besar yg sgt terkenal.

Orgnya zuhud, tidaklah nampak kekayaanya, berkain pelikat dan bermotosikal berkuasa sgt rendah. Berumur sekitar 70an barangkali seusia dgn honda cup 70 beliau. Sy melihat ramai org kg berebut2 bersalaman dgnnya. Walaupun x kenal, sy juga mencuri peluang utk bersalaman dgnnya. X tau kenapa ht sy tertarik2 utk berbual dgn beliau.

Lepas solat sunat, sy berehat di beranda surau menikmati keindahan banjaran gunung tersergam gah yg terhampar di depan pintu masjid. Liat betul nk berganjak dr sini.

Sy kemudiannya terkejut, pakcik td juga merehatkan badan sebelah dgn sy.

Beliau bertanya, “datang dr mana?”

Sy jawab, “dr putrajaya, pakcik. Singgah rumah homestay sy jap. Settle masalah ckit”.

Beliau berkata, “setiap org ada masalah walaupun dia tu jutawan, ulamak hatta pakar motivasi sekalipun. Kembalilah kpd Pencipta masalah. Makhluk bernama ringgit, org berpangkat VVIP, atau apa2 shj hatta malaikat sekalipun x dapat selesaikan masalah kita kecuali Allahlah yg selesaikannya.”



Jawab sy, “soheh pakcik. Perkataan pakcik ni lebih bernilai dr pengumuman keputusan pilihanraya umum ke 14 nnt. Seluruh penduduk langit menanti2 perkataan2 seperti ini yg kian pupus dlm pertuturan manusia hr ini”.

Kerana duit

Tergelak pakcik td. Katanya sy pandai membodek. Sy meminta sebanyak mungkin nasihat utk bekalan sy pulang ke putrajaya.

Antara nasihat yg sy ingat dgn baik ialah, dalam rezeki kita ada rezeki org lain. Dalam rezeki org lain ada rezeki kita. Justeru janganlah berkira2 dlm bersedekah. Usahakanlah utk buang makhluk duit dr hati. Usahakan sehingga hati merasa gelisah sekiranya duit ada di sisi seperti gelisahnya Nabi saw tidak pulang ke rumah kerana ada dirham dan dinar yg dihadiahkan di rumah banginda.

Kerana apa, kerana syirik khafi yg paling besar dlm umat hari ini ialah duit. Berapa ramai yg gembira bila ada duit dan berapa ramai yg akan gundah gulana bila xda duit. Berapa ramai yg sanggup berpisah dgn family kerana duit, berapa ramai yg sanggup berkorban kerana duit dan berapa ramai yg sanggup melanggar perintah Allah kerana duit.

“Bilamana kamu menceraikan duit dari hati kamu”

Pakcik ini bercerita lg, bila ada seseorang yg sgt terdesak mahu pinjam duit, berikanlah walaupun kamu pn terdesak memerlukan duit. Usahakanlah seperti Nabi saw. Walaupun baginda tiada duit di saat org lain meminta kpd Nabi saw, Nabi sanggup meminjam dgn org lain demi utk memberi kpd yg meminta td.

Pakcik itu bertanya, “kamu pernah meminjam kpd org lain utk diberikan kpd org yg meminta pinjaman dr kamu? Jika belum, usahakanlah ke tahap itu. Barulah Allah membuka pintu ketenangan tanpa duit. Masa itu kamu akan lihat semua masalah jd kecil. Kamu akan lihat bantuan Allah dtg berbondong2. Hal ini bilamana kamu menceraikan duit dr hati kamu.

Sy kata, pakcik sudah sampai pd tahap jutawan yg sebenar. Doakan sy yg lemah dan penuh cinta dunia ni.

Sedikit yg sy dapat kongsikan buat pengajaran diri sy sendiri dan para pembaca.

Sumber : Mohamad Fadzil

Sesuai Dengan Amal Dan Perbuatan Kita Ketika Didunia...Inilah 7 Rupa Kita Dialam Kubur Kelak...No 1 tu pasti Ramai



Ketika seseorang meninggal, maka seluruh urusan yang berkaitan dengan dunia akan terhenti. Manusia akan mengalami fase selanjutnya yakni menjalani kehidupan di alam barzah.

Ternyata selama menjalani kehidupan di alam kubur, rupa manusia akan berubah sesuai dengan amal perbuatannya semasa hidup.

Ada beragam rupa manusia di alam kubur. Ada yang wajahnya berbentuk seperti babi hutan, perutnya buncit dan meletup, ada yang berkuku panjang melilit tubuhnya dan ada pula wajah bersih dan tersenyum.

Semua bentuk ini sangat berhubungan dengan baik atau buruknya perbuatan yang telah dilakukanya ketika seseorang itu masih hidup. Berikut 7 rupa mayat di dalam kubur sesuai amal di dunia

Mayat yang Wajahnya Berbentuk Babi
Wajah mayat menyerupai babi disebabkan karena semasa hidupnya orang tersebut tidak melaksanakan kewajiban untuk salat lima waktu dan tidak pernah merasa bersalah meninggalkannya. Padahal salat merupakan kewajiban utama seorang mukmin sebagai bentuk ketaatan kepada Allah SWT.

Dalam sebuah riwayat Nabi Muhammad pernah bersabda “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan shalat. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah SWT seperti babi hutan yang hitam.”

Mayat yang wajahnya berpaling dari arah kiblat
Selanjutnya adalah wajah mayat yang tidak mau menghadap kiblat. Jika rupa dalam kondisi ini, maka menjadi pertanda bahwa mayat tersebut semasa hidupnya selalu melakukan perbuatan syirik kepada Allah. Padahal asas Islam adalah tauhid sehingga perilaku syirik tidak akan diampuni oleh Allah.
Kepala Mayat Berubah jadi Batu Hitam Legam
Kondisi mayat dalam bentuk ini mengindikasikan bahwa mayat semasa hidupnya telah durhaka kepada kedua orang tua.
Dosa kepada orang tua memang akan disegerakan balasannya. Ketika masih hidup, maka Allah akan memperlihatkan langsung bagaimana siksaannya terhadap anak yang durhaka.

Terlebih jika sudah meninggal, pastinya balasan yang diterima akan semakin pedih lagi. Termasuk perubahan kepala mayat yang berubah menjadi batu hitam legam.
“Ada dua pintu (amalan) yang disegerakan balasannya di dunia: kedzoliman dan durhaka (pada orang tua)”. (HR Hakim dan dishohihkan al-Albani dalam ash-Shohihah: 1120)


Mayat yang Perutnya Buncit dan Meletup
Kondisi mayat dengan rupa seperti ini menjadi tanda bahwa semasa hidup, mayat tersebut suka makan dengan harta yang haram.
Petaka buruk yang akan menimpa mereka adalah api neraka dengan harta haram yang setiap saat mereka masukkan ke dalam perut mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda yang artinya:

“Wahai Ka’ab bin ‘Ujrah, sesungguhnya tidaklah tumbuh setiap daging yang diberi asupan makanan yang haram melainkan nerakalah yang berhak membakarnya.” (HR. Ahmad dan at-Tirmizi, dinyatakan shahih oleh al-Albani).

Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya
Jika mayat berwajah seperti ini, itu merupakan pertanda bahwa semasa hidupnya suka berkelahi dan mengumpat orang.
Tindakan ini memang sangat tidak disukai oleh Allah SWT, sehingga siapa yang melakukannya akan mendapat azab saat berada di alam barzah.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda:

“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”. (Abu Daud dari Anas)

Kuburnya keluar air yang lebih busuk dari bangkai
Kondisi ini menjadi pertanda bawa mayat tersebut semasa hidupnya mayat adalah orang yang suka makan riba.
Balasan bagi orang yang suka memakan riba memang amat pedih. Mereka memang harus berhadapan dengan neraka jahanan dan mengalami kondisi Kuburnya keluar air yang lebih busuk dari bangkai.

Mayat yang wajahnya tersenyum
Jika mayat berwajah seperti ini, itu merupakan pertanda bahwa semasa hidupnya mayat merupakan oarang yang berilmu dan beramal soleh.
Mereka dijanjikan untuk menjadi penduduk surga pada hari kiamat kelak. Semoga kita termasuk dalam jenis mayat yang satu ini.

Sumber: infoyunik.com

Jauhilah Ciri2 ini wahai LELAKI jika tidak ingin ditiduri jin betina....Ini 20 tanda Jelas Dicintai Jin betina....NAUZUBILLAH!



apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:

1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.

2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.

3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.

4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.

5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.

6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.

7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.

8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.

9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.

Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.

10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.

11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.

12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.

13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.

14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.

15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.

16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.

17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.

18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.

19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.

20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.

Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya. InsyaAllah dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan pula dengan pembaca tanda-tanda jin jantan menyintai seorang wanita.

Nasihat saya sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.

Dari Mana Punca Air Sungai ? Jawapan AL QURAN Sangat MENAKJUBKAN. Subhanallah.



Pernah tak kita terfikir, dari mana datangnya air sungai yang tak putus-putus walau dalam musim kemarau pun. Ini jawapan dari Al Quran.. Allahu. Subhanallah.

TEORI PUNCA AIR SUNGAI

Seperti yang diceritakan oleh FB Saiful Nizar Abd Rahim (LINK). Dari aku kecil hingga skrg walau secara teorinya aku faham ttp secara logik akal aku masih tertanya2. Iaitu dari mana datangnya sumber air sungai.

Teori mengatakan dari mata air di gunung-ganang dan bukit-bukau yg mengalir melalui tanah dan batu2. Ada yg kata mata air tesimpan di celah2 pokok dan batu2 di hutan. Dari situ terjadinya sungai.

Memang benar tp akal fikir banyak mana sangat mata air tu? Di musim kemarau pun tak kering. Jika mata air di lembah kita faham ttp jika di tempat yg tinggi.. mcm mana mata air tu boleh naik tinggi.

Aku selalu tengok Google map paparan satelite. Mmg kebanyakan punca sungai dari tempat tinggi. Tp ada jg dari celah kampung mana ntah bermulanya punca sungai.

Bila tengok gambar ni.. pokok tak ada dan hanya batu pejal tiba2 keluar bercabang2 air terjun.. lagi pening. Banyak pula tu dan tentunya tak henti mengalir. Apa yg dpt kita kata hanya MasyaAllah, Subhanallah. Allah yg menjadikan semuanya utk kegunaan manusia, tumbuh2an, haiwan dan semuanya.
PUNCA AIR SUNGAI DALAM QURAN

Antara apa yg disebut oleh Allah di dlm Al-Quran ttg punca sungai..

Maksud firman Allah: “Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan” – Al-Baqarah:74 .



Sumber: FB Saiful Nizar Abd Rahim

Tolong Potong Kuku Waktu Ni, Tapi Ramai Tak Nak Ikut



Anda Perlu Tahu Waktu Yang Sesuai Memotong Kuku.

1. Seminggu sekali sebaik-baiknya hari Jumaat

Adapun menurut Imam asy-Syafi’e dan ulama-ulama asy-Syafi’eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Jumaat, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Jumaat.

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu‘anhuma berkata yang maksudnya :

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.”

(Hadis riwayat Ahmad)

2. Bila dalam keadaan bersih maksudnya wanita yang tidak dalam tempoh haid

Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub (tidak suci).

3. Memotong kuku jika kuku sudah kelihatan panjang

Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :

“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.”(Hadis riwayat Muslim)

P/S : Oleh itu marilah kita amalkan menjaga kebersihan diri agar hidup kita lebih sihat dan terhindar daripada penyakit yang berjangkit. Menjaga kebersihan diri haruslah juga dijadikan amalan daripada kita kecil lagi dan saya berharap waktu sesuai memotong kuku di atas boleh dijadikan panduan. Dalam beberapa perkara hukum Islam, kuku tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Misalnya ketika seorang dalam keadaan ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sahnya wudhu atau mandi junub, jika air tidak sampai atau terhalang sampai ke kuku.

Mohon perbetulkan saya sekiranya ada yang tersilap dalam artikal ini di ruang komen.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.

Kalau Ibu Meninggal Dunia Apa Patut Kita Lakukan Untuk Menutup Aib. Anak Lelaki Wajib Ambik Tahu !!!



Kalau ibu ditakdirkan meningggal dunia di tengah malam, buat langkah ini dulu untuk menjaga aib ibu kita, sebelum panggil orang kampung datang urus mayat. Jangan biar satu kampung tahu aib ibu kita hanya sebab kita malas nak membaca ilmu ini!! 😔

1. Jangan cemas

2. Maklumkan kpd ahli jawatankuasa masjid terdekat. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jenazah. ( kena simpan no tel ahli jwtkuasa masjid)

3. Sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.

4. Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.

5. Letak sesuatu yg agak berat sikit spt gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin.

6. Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling

7. Tangan diikat dengan perca kain.

8. Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.

9. Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar

10. Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah

11. Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.

12. Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.

13. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.

14. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.

Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.

Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).

Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.

Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka.

Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.

Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.

Share dgn semua orang.

Wallahu’alam

“Barang siapa yang memandikan seorang muslim, seraya dia menyembunyikan dengan baik, maka Allah akan memberikan ampunan 40 kali kepadanya. Dan barangsiapa membuatkan lubang untuknya lalu menutupinya maka akan diberlakukan baginya pahala seperti pahala orang yang memberinya tempat tinggal kepadanya sampai hari kiamat kelak. Dan barang siapa mengkafaninya, niscaya Allah akan memakaikan kepadanya dihari kiamat kelak, pakaian dari kain sutra tipis dan pakaian sutera tebal syurga.”

(HR. Hakim dan Baihaqi)

TOLONG SEBARKAN WALAUPUN ANDA TELAH MEMBACANYA SEBELUM INI. SEBAGAI PERINGATAN.
Kredit : ISLAM SYURGAKU

HUKUM MENDENGAR & BERMAIN MUZIK

Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya Seperti mana isu ijtihad, pertama sekali kita perlu lihat perkara apakah yang boleh wujud ijtihad di...